Sarung Kaki Michael Jackson Akan Dilelong Dengan Harga RM4.14 Juta

by Oh! Semput


2
SHARES
25
VIEWS
Posted on 11 Nov 2019 03:01:49

Lebih 40 tahun selepas Michael Jackson melakukan aksi moonwalk secara langsung di depan televisyen, akhirnya para peminat dapat merasai salah satu barangan peribadi yang diperagakan pada malam bersejarah tersebut.

Terbaharu, sepasang sarung kaki yang pernah di pakai oleh Michael Jackson akan dilelongkan pada acara lelongan yang dikelola oleh Gotta Have Rock and Roll.

IMG_0368

Sarung kaki khas yang dibuat untuk Michael Jackson – bertatahkan kristal di bahagian atas buku lali – telah dipakai oleh beliau semasa konsert Motown 25: Yesterday, Today, Forever.

Gotta Have Rock and Roll mengharapkan sarung kaki ini akan terjual dengan harga $1 juta USD termasuk dengan barang-barang Michael Jackson yang lain seperti suit Victory Tour dan jersi Chicago Bulls yang ditandatangani oleh bintang pop tersebut.

Screenshot 2019-11-11 at 10.10.10 AM

Gotta Rock and Roll

Walaupun terdapat permintaan yang tinggi terhadap barangan milik beliau, Michael Jackson mewarisi pelbagai cerita kontroversi – terutamanya selepas dokumentari Leaving Neverland ditayangkan. Di mana menceritakan sisi lain kehidupan peribadi Michael Jackson yang terlibat dengan penderitaan seksual kanank-kanak.

Jackson, yang meninggal dunia pada tahun 2009 di usia 50 tahun, tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan menafikan tuduhan tersebut ketika dia masih hidup.

Keluarganya memanggil dokumentari itu sebagai ‘public opinion’ dan telah memfailkan saman terhadap HBO.

Berikut adalah artikel lain mengenai lelongan yang harganya tak masuk akal. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Sebuah Replika R2-D2 Terjual Pada Harga RM11.8 Juta Dalam Satu Acara Lelongan

Kasut Nike Ini Terjual Pada Harga RM436 Ribu Dalam Satu Acara Lelongan

Buah Anggur Ini Terjual Pada Harga RM44,360 Dalam Satu Acara Lelongan

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts