PENYANYI, pelakon dan pengacara Alif Satar yang sebelum ini mengejutkan industri seni negara selepas didapati positif Covid-19 telah kembali sihat selepas dirawat dan dikuarantin di Hospital Melaka.
Alif berkata beliau kini sudah berada di pangkuan keluarga tersayang dan meluahkan rasa syukur atas kesembuhan selepas 12 hari menerima rawatan.