Satelit Ke-10 Negara Berjaya Dilancarkan, Kelajuan Internet Dijangka Akan Bertambah Kepada 100Mbps

by Oh! Semput


2
SHARES
27
VIEWS
Posted on 23 Jun 2022 12:00:22

Pada awal pagi tadi iaitu sekitar jam 5.03 pagi waktu tempatan atau bersamaan dengan jam 6.03pm waktu French Guiana ( 22 Jun 2022), satelit MEASAT-3d telah berjaya dilancarkan.

MEASAT-3d yang merupakan satelit ke-10 negara itu dijangka akan membolehkan akses kepada jalur lebar berkelajuan tinggi walaupun di kawasan yang terhad atau tiada sambungan darat sama ada untuk tujuan pendidikan, perdagangan serta perhubungan, malah untuk penggunaan baharu seperti teleperubatan.

MEASAT-3d dijangka akan menambah baik perkhidmatan internet berkelajuan tinggi daripada kelajuan muat turun 30Mbps ketika ini kepada 100 Mbps.

Malah satelit terbaru negara ini juga akan menyokong aspirasi kerajaan untuk memberikan capaian internet di lokasi-lokasi yang tiada liputan rangkaian 4G, 5g atau kabel optik.

Detik bersejarah pelancaran ini turut disaksikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dari Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

Pelancaran satelit tersebut dilancarkan dengan menggunakan roket Ariane 5 ECA. Berat satelit itu pula adalah seberat 5.7 tan setinggi 4.3m x 3.4m lebar.

MEASAT-3d menggunakan model satelit 'Eurostar E3000 geostationary satellite' yang dibina oleh Airbus Defence and Space yang dianggarkan menelan belanja RM1.2 bilion untuk kos pembangunannya dengan tempoh perkhidmatan sehingga 18 tahun.

Satelit MEASAT-3d dijangka akan menyertai satelit MEASAT-3a dan MEASAT-3b di hotslot 91.5°E dalam tempoh beberapa hari lagi dan akan diuji terlebih dahulu lebih kurang dalam tempoh sebulan ini sebelum ia beroperasi sepenuhnya.

: measat.com, Measat Global Berhad, KKMM

Baca juga:

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts