Anak Saudara Siti Nurhaliza Kini Berlakon, Peminat Puji Ummi Umairah Ada Iras TokTi Ketika Muda

by Oh! Semput


16
SHARES
209
VIEWS
Posted on 16 Jan 2021 06:31:32

Anak saudara kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ummi Umairah dilaporkan kini aktif terlibat dalam dunia lakonan.

Ummi Umairah : Instagram Ummi Umairah 

Ummi yang lebih mesra disapa sebagai Umai ini nampaknya tidak langsung kekok apabila beraksi di depan kamera.

Sememangnya dilahirkan dalam keluarga seni, Umai bakal muncul dalam telefilem berjudul Diva Dari Jakarta menerusi saluran Astro Citra.

Advertisement

Perkara itu ternyata telah mendapat perhatian netizen apabila si cilik itu memuat naik video klip pendek lakonannya menerusi media sosial Instagram miliknya baru-baru ini.

Umai yang kelihatan bersahaja dalam menjiwai wataknya itu turut mendapat pujian daripada netizen yang rata-rata tidak sabar untuk menyaksikan telefilem berkenaan.

Malah ada juga yang memuji wajah Umai seolah-olah seperti Siti Nurhaliza ketika muda remaja.

Sekadar info, telefilem Diva Dari Jakarta turut dibintangi pelakon Sherry Alhadad dan Ruhainies dan akan bersiaran pada Sabtu,16 Januari ini jam 9 malam di Astro Citra saluran 108.

Anak Saudara Siti Nurhaliza Kini Berlakon, Peminat Puji Ummi Umairah Ada Iras TokTi Ketika Muda first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts