by Oh! Semput

Siti Rohana Redzuan, 36, yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra, Kulai ditemui dalam keadaan kaku di atas katil dipercayai mengalami masalah pendarahan
Mayat wanita itu ditemui suaminya pada pukul 8.30 malam kelmarin ketika pulang ke rumah selepas keluar bekerja pada 6.30 pagi.
Apa yang menyanyat hati, ketika arwah ditemui, kedua-dua anaknya tatap berada di sisi wanita itu dan menangis sehingga tidak mengeluarkan suara.
Anaknya yang pertama juga dikatakan tetap menyusu pada badan ibunya walaupun wanita itu telah meninggal dunia kerana kelaparan.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said yang mengesahkan kejadian itu berkata, ketika lelaki itu keluar bekerja, isterinya sedang nyenyak tidur.
“Menurut suami wanita berkenaan, isterinya dalam tempoh bercuti selama lebih sebulan selepas melahirkan anak keduanya.
“Pihak Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) Kulai yang hadir di lokasi kejadian mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia.
“Ketika itu, kedua-dua anaknya termasuk yang sulung berusia 19 bulan berada di kiri dan kanan jenazahnya dalam keadaan terjaga,” katanya.
Menurut Razak, bedah siasat sudah dijalankan ke atas mayat guru berkenaan, semalam dan mengesahkan punca kematiannya adalah akibat paru-paru berair dan masalah jantung. -MYNEWSHUB.CC
*Video sekadar hiasan…
Loading...