Seakan Instagram, Pengguna WhatsApp Kini Boleh Cuba Ciri Pelekat Baharu

by Oh! Semput


6
SHARES
83
VIEWS
Posted on 09 May 2025 07:30:26

WhatsApp kini memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menambah pelekat “Add Yours” dalam kemas kini Status.

Ciri ini serupa dengan di Instagram, di mana pengguna boleh menetapkan soalan atau topik tertentu, dan orang lain boleh memberi respons dengan mencipta Status mereka sendiri menggunakan ‘template’ pelekat yang sama.

Sebagai contoh, seseorang menambah pelekat “Add yours: Beatiful views”, dan kenalan yang melihat Status tersebut boleh klik pelekat itu untuk berkongsi gambar pemandangan masing-masing sebagai respons.

Bezanya, ciri di WhatsApp ini memastikan privasi pengguna kekal dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung. Walaupun ramai orang menyertai rangkaian interaktif yang sama, tiada siapa yang dapat melihat identiti pengguna yang memulakan rangkaian topik berkenaan.

Selain itu, pengguna juga tidak akan melihat versi respons orang lain, kerana setiap Status dikongsi secara berasingan dan hanya boleh dilihat oleh kenalan masing-masing.

Seperti diumumkan oleh WhatsApp, ciri baharu ini telah pun tersedia. Namun, ia mungkin dilancarkan secara berperingkat kepada pengguna.

Jika telah menerima ciri ini, pengguna boleh mengaksesnya melalui butang pelekat di Status WhatsApp.

{suggest}

Seakan Instagram, Pengguna WhatsApp Kini Boleh Cuba Ciri Pelekat Baharu WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts