by Oh! Semput

Kini kami di Nakbebel memutuskan untuk meletakkan 7 senarai yang wanita harapkan dari lelaki. Guys, please take note! Jangan ketinggalan bonus rahsia terbesar apa yang wanita mahu pada akhir artikel ini.
1. Menghormati

Wanita tahu nilai diri mereka sendiri dan mengharapkan perkara yang sama berlaku pada diri anda. Jangan lupa untuk ulang lebih kerap dengan menghargai mereka seperti apa yang mereka cakapkan kepada anda. Anda akan melihat kebahagiaan di setiap sudut.
2. Jujur

Jangan buat alasan dan cerita bodoh tentang berapa banyak kerja yang perlu anda lakukan. Mana-mana wanita tahu bagaimana untuk mencari kebenaran dari kebohongan, tidak kira betapa kecilnya ia kelihatan pada anda. Tapi dengan menipu ia akan menyakitkan hatinya jika tahu kebenaran yang sebenar.
3. Sokongan

Pakar psikologi berkata bahawa wanita lebih emosional dan sering dilanda kesedihan, kemurungan yang lebih kerap dari lelaki. Itulah sebabnya pada saat itu mereka memerlukan bahu untuk menangis dan bercerita tentangnya dengan seseorang.
4. Positif

Suasana yang baik adalah hadiah terbaik yang dapat diberikan dari seorang lelaki kepada seorang wanita. Hanya senyum lebih kerap, kongsi emosi yang jelas bersamanya dan lihat hasilnya akan dapat tidak lama selepas itu.
5. Memperhatikan dan ambil peduli

Jangan lupa untuk tanya bagaimana hari mereka, bagaimana perasaan mereka hari ini, apa yang mereka mahu, apa yang mereka fikirkan kerana wanita memerlukan soalan spontan yang menceritakan tentang diri mereka.
6. Seorang lelaki dengan rasa humor yang baik

Saintis telah membuktikan bahawa ketawa adalah satu daripada aphrodisiacs semula jadi yang paling kuat.
Jadi berguraulah dengan mereka lebih kerap, tapi harus diingatkan ada perkara yang tak patut jadi bahan gurauan seperti pakaiannya, gaya tudung/ rambut, atau keluarga. Hati-hati!
7. Pemikiran

Hanya dengar dan lihat dengan teliti apa yang dia katakan. Cepat atau lambat anda akan tahu apa yang dia suka seperti contoh sekuntum bunga ros atau menggilai buku-buku penulis sekian nama, atau kasut yang selesa dan sebagainya. Sekarang tahu apa yang anda patut lakukan?

Kongsikan kepada rakan anda yang lain supaya hubungan setiap orang daripada kita menjadi lebih baik dari masa ke semasa.