KSU sebuah kementerian beri keterangan enam jam hari ini

by Oh! Semput


HOME Posted on 12 Jan 2019 21:02:35


12 Januari 2019 8:59 PM

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha di sebuah kementerian hari ini dipanggil bagi memberi keterangan di Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya berhubung kontrak kerajaan bernilai RM99.7 juta.

Ini adalah kali kedua beliau dipanggil bagi dirakamkan percakapannya.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 60 tahun yang bergelar Datuk itu, memberi keterangan selama enam jam bermula 12 tengah hari dan berakhir pada 6 petang tadi.

"Semalam, kita telah merakam keterangan beliau selama dua jam bermula 10 pagi sehingga 12 tengah hari.

"Rakaman percakapan itu dibuat berkaitan kes seorang bekas pengerusi agensi kerajaan yang didakwa menggunakan kedudukannya untuk mencadangkan sebuah syarikat supaya diberi lantikan secara terus bagi projek Kempen Pengiklanan Digital bagi pasaran China untuk tempoh 2018 hingga 2020," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

SPRM menambah projek berkenaan bernilai RM99.7 juta dan ia menggunakan peruntukan di kementerian itu.

Khamis lepas, seorang bekas pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk direman selama empat hari bagi membantu siasatan salah guna kuasa melibatkan kontrak kerajaan bernilai lebih RM99 juta. - Bernama

's

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News