EU sediakan tambahan 400 juta euro tangani kesan gempa Turkiye

by Oh! Semput


3
SHARES
33
VIEWS
Posted on 18 Sep 2023 21:30:27

KESATUAN Eropah (EU) akan menyediakan tambahan 400 juta euro (AS$426.8 juta) dalam bantuan bencana kepada Turkiye untuk menangani kesan selepas dua gempa bumi kuat yang melanda negara itu awal tahun ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pada 6 Februari, dua gempa bumi besar dan gempa susulan menggegarkan Turkiye tenggara dan Syria utara, meragut nyawa lebih 50,000 orang.

Pembiayaan baharu daripada belanjawan EU diberikan di atas ikrar bantuan sebelum ini.

Pada Mac, persidangan penderma antarabangsa yang diketuai oleh EU mengumpulkan sejumlah 6.05 bilion euro dalam bentuk geran dan pinjaman untuk Turkiye, sebahagian besar daripadanya datang daripada Kesatuan Eropah, negara-negara anggota EU, dan Bank Pelaburan Eropah.

Dana itu akan digunakan untuk pembinaan semula selaras dengan piawaian antarabangsa untuk zon gempa, kata suruhanjaya itu. – Bernama, 18 September 2023.

Ad test

SUMBER ASAL

MONTOKS SERUM (10ml)
MONTOKS SERUM (10ml)
Shop Now
Muslimah Swimming Cooling Jersi
Muslimah Swimming Cooling Jersi
Shop Now
Aolon V21 TWS Bluetooth Earphone
Aolon V21 TWS Bluetooth Earphone
Shop Now

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Panduan Borong China
Popular Posts