“Saya sedih & marah” – Raja Permaisuri Agong kesal laporan polis dibuat

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Sep 2019 11:04:16



Penutupan akaun Twitter Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Iskandariah beberapa hari lepas menyebabkan para pengguna laman sosial berang keatas beberapa individu yang didakwa melakukan provokasi menghina baginda.

Namun begitu, baginda Permaisuri sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa akaun Twitternya dinyahaktif bukanlah disebabkan posting penghinaan terhadap baginda tetapi atas faktor peribadi.

Walau bagaimanapun, pagi tadi, warga Twitter mulai ceria apabila akaun Raja Permaisuri Agong yang menggunakan nama @cheminahsayang sudah kembali.

Baginda telah memulakan postingnya dengan menzahirkan rasa kurang senang dengan laporan-laporan polis yang dilakukan sedangkan baginda tidak pernah menitahkan pihak istana untuk mengambil tindakan kepada individu yang bersikap biadap itu.

alt

alt

Sewaktu diberitahu bahawa pihak berkuasa telah menahan dua orang berkaitan posting hinaan, baginda akui berasa sedih dan murka terhadap penahanan tersebut sedangkan Tuanku Azizah sudah memaklumkan hal ini kepada pihak istana.

alt

Raja Permaisuri turut meminta agar semua rakyat bertenang kerana baginda dan KDYMM Agong tidak pernah membuat sebarang laporan polis dan sentiasa positif walaupun kerap menerima tohmahan.

alt

alt

alt

Menjengah keruangan komen, rata-rata warganet berasa gembira atas pembukaan semula akaun Permaisuri kesayangan semua ini. Mereka turut terharu dengan kerendahan hati seorang kerabat raja yang terlalu menyayangi rakyatnya.

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

: cheminahsayang

Komen

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...