Sejauh Mana Keikhlasan Pembangkang Mahu PAS Terajui Kelantan, Terengganu?

by Oh! Semput


7
SHARES
96
VIEWS
Posted on 28 Dec 2016 03:00:52

kelantanFoto oleh FMT

SEMALAM, Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad telah mencadangkan satu lagi strategi baru pembangkang dalam berdepan dengan BN pada PRU ke-14 .

Katanya pembangkang sedia mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan PAS mengetuai dan menjadi kerajaan baru untuk negeri Terengganu dan Kelantan.

AMANAH yang sebelum ini keras pendiriannya terhadap PAS nampaknya sudah mengambil jalan untuk mengendurkan ketegangan dan perbezaan pandangan di antara mereka.

Jika diselusuri perjalanan setahun AMANAH, pada awalnya banyak siri serangan ke atas PAS dilakukan. Antara yang terbesar adalah membesarkan isu perpecahan Pakatan Rakyat yang pernah PAS anggotai sebelum PRU ke-13.

Namun dalam menuju PRU ke-14 kelak, AMANAH nampakya sudah mengambil pendekatan untuk tidak lagi membesarkan polemik perseteruan, sebaliknya mencari jalan untuk memperbesarkan persefahaman dalam agenda pembangkang berdepan dengan BN kelak.

Foto oleh FMTFoto oleh FMT

Sebelum ini pembangkang dan PPBM telah mencapai kesepakatan untuk menjalinkan kerjasama dalam pilihanraya apabila beberapa perkara asas telah dipersetujui bersama.

Antara yang disepakati adalah menggunakan satu logo dan manifesto.

Walaupun pada zahirnya mereka dilihat mampu membentuk blok baru pembangkang, namun ketidakhadiran PAS dalam gabungan baru ini sedikit sebanyak boleh merosakkan perancangan perjalanan.

AMANAH pernah mengistihar untuk bertanding di seluruh kerusi Parlimen dan DUN yang PAS tandingi.

Pada masa yang sama , PAS juga bertindak balas bila mereka mengumumkan kerusi milik DAP juga akan mereka tandingi.

Dalam politik, ini adalah satu kaedah menguji untuk mendapatkan respon.

Hakikatnya mereka tahu sebarang pertembungan tiga penjuru kelak sama sekali tidak akan menguntungkan mana-mana parti pembangkang yang bertanding.

Jika dilihat dari sudut mata pembangkang, PAS mahu tidak mahu perlu diberikan juga negeri untuk mereka kuasai.

Sepertimana DAP dan PKR menguasai Pulau Pinang dan Selangor, PAS juga harus diberikan peluang untuk mengetuai negeri Melayu di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.

‘Base politic‘ seperti ini adalah penting dalam perkiraan pembangkang, ianya dianggap seperti menjaga muka dan meletakkan parti PAS sebaris status dan pentingnya dalam kalangan barisan pembangkang.

Haji Hadi pernah menjadi Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004.

Foto oleh FMTFoto oleh FMT

Memberikan peluang untuk PAS memerintah semula Terengganu adalah strategi negotiasi politik. Di samping maruah PAS dijaga pembangkang, pada masa yang sama mereka boleh menumpukan semula perkiraan untuk mengurangkan risiko perlawanan tiga penjuru di dalam semua kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Pembangkang memfokuskan 222 kerusi parlimen untuk memerintah negara, sebarang pertindihan boleh merencatkan perancangan.

BN harus memandang serius terhadap tawaran terbaru pembangkang kepada PAS.

Sememangnya dalam politik, segalanya boleh berubah.

Azhar Lineker adalah salah seorang pembaca setia Malaysian Access. Artikel yang ditulis adalah merupakan pandangan peribadi beliau.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts