save 2.0

PKP sekali lagi

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Jan 2021 10:00:36





MALAYSIA sekali lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri yang terjejas teruk akibat Covid-19, selepas Kementerian Kesihatan (KKM) memberi amaran sistem kesihatan awam negara kini di tahap kritikal dalam menghadapi lonjakan kes.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan pelaksanaan PKP 2.0 dalam perutusan khas pada Isnin lalu berkata kemudahan KKM tidak lagi mampu menampung lebih 2,000 kes Covid-19 setiap hari.

Kerajaan memutuskan pelaksanaan PKP selama dua minggu bermula semalam sehingga 26 Januari selepas mendengar keluhan dan cadangan pelbagai pihak, katanya.

PKP dikuatkuasakan di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor dan Sabah. 

PKP Bersyarat pula dilaksanakan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Perlis dan Sarawak diletakkan di bawah PKP Pemulihan. – 14 Januari, 2021.  

Seorang anggota tentera di sekatan jalan raya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 14 Januari, 2021.
Deretan kedai di Kuala Lumpur yang ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu bermula semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 Januari, 2021.
Seorang pekerja kiosk minuman di Kuala Lumpur semasa hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 Januari, 2021.
Seorang pekerja sedang menyembur cecair nyah kuman pada perhiasan di luar bangunan pusat membeli-belah Pavilion di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 Januari, 2021.
Seorang pejalan kaki sedang melintas jalan yang kosong di Kuala Lumpur pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua bermula semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 Januari, 2021.
Aktiviti ekonomi masih dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam sepanjang tempoh PKP, kecuali perniagaan tidak perlu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 14 Januari, 2021.
Suasana di Kota Kinabalu, Sabah semasa hari pertama PKP. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 14 Januari, 2021.
Deretan kedai yang ditutup di Kuala Lumpur susulan pelaksanaan PKP bermula semalam hingga 26 Januari. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 14 Januari, 2021. 
Anggota polis di sekatan jalan raya di Kuala Lumpur bagi mengawal pergerakan orang ramai sepanjang tempoh PKP. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 14 Januari, 2021.
Anggota polis memeriksa dokumen pemandu di sekatan jalan raya semasa Perintah Kawalan Pergerakan di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 14 Januari, 2021. 
Sekatan plastik di atas meja di sebuah restoran di Kepayan di Kota Kinabalu, Sabah untuk menjaga jarak fizikal pelanggan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 14 Januari, 2021. 

Daftar atau log masuk di sini untuk komen.

's

tudung sekolah

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News