Lima Sekeluarga Ditemukan Rentung Dalam Kebakaran Sebuah Rumah Di Kampung Pamah Kulat Raub Awal Pagi Tadi

by Oh! Semput


6
SHARES
83
VIEWS
Posted on 26 Feb 2026 06:31:54


RAUB: Lima sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 3.35 pagi tadi.

"Sejurus pemadaman kita menjumpai kesemua mangsa di lokasi kejadian, " katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kesemua mayat berkenaan akan dibawa ke Hospital Raub untuk tindakan lanjut.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Datuk Mohd Razam Taja Rahim dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian pada 4.15 pagi dan operasi pemadaman kebakaran itu berjaya dikawal pada 4.48 pagi tadi.


Beliau berkata, kebakaran berkenaan memusnahkan 100 peratus struktur rumah selain turut membabitkan tiga kereta dan tiga motosikal yang turut terbakar.


"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub bertindak memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran hos sepanjang 200 kaki (kira-kira 60 meter) menggunakan sumber air daripada tangki pam jentera bomba," katanya.

Beliau berkata, sembilan anggota bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Raub terbabit dalam operasi itu, dengan bantuan lima anggota serta satu FRT dari BBP Lipis. #HarianMetro

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts