Selalu Bayar Guna e-Wallet? Guna Cara Ini Untuk Jimat Lagi Banyak

by Oh! Semput


6
SHARES
75
VIEWS
Posted on 28 Jun 2022 19:00:24

Anda pernah guna tak ShopeePay? Kalau belum, dah sampai seru sebab memang rugi berbelanja ratusan, ribuan di Shopee tapi tak bayar guna ShopeePay.

Senang cerita, ShopeePay ialah e-dompet yang anda boleh simpan wang, bayar (online dan offline) serta transfer duit pada orang lain. Samalah macam e-wallet lain tapi kelebihannya? Teruskan membaca.

Bayar Di Kedai Dengan Scan & Pay?

Sekarang ini dah banyak kedai, warung, gerai yang sokong pembayaran melalui kod QR seperti DuitNow QR.

Nak guna mudah sangat. Hanya buka aplikasi Shopee, terus tekan ikon pengimbas bersebelahan ShopeePay. Kemudian, pilih baucar kalau ada kemudian imbas saja kod tersedia.

Dalam tak sedar, anda dapat Shopee Coins Cashback yang boleh digunakan untuk diskaun beli barang di Shopee lepas ini.

ShopeePay Day Setiap 1 Hari Bulan? Ini Yang Best

Lagi satu kelebihan yang mungkin ramai tak sedar ialah kewujudan ShopeePay Day yang diadakan 1 hari bulan setiap bulan.

Antara manfaat menggunakan ShopeePay pada ShopeePay Day ialah anda boleh beli baucar berharga 1 SEN dan dapat 100% Cashback.

Baucar 1 SEN Tapi Dapat 100% Cashback 

Selalunya pada waktu biasa, Cashback ini hanya terhad pada 10%, 25% dan lain-lain. Tapi, dengan ShopeePay Day setiap 1hb, anda boleh dapat sehingga 100% Cashback.

Beli baucar yang berharga 1 SEN, kemudian tebusnya dengan ShopeePay di kedai tersebut mengikut syarat ditetapkan.

Bukan saja baucar ni bernilai 1 SEN sahaja, tapi boleh dapat 100% Cashback pula lagi! Berkali ganda jimat.

Macam mana baucar ni berfungsi? Contohnnya, anda beli baucar RM4 cashback Tealive dengan harga 1 SEN. Dengan perbelanjaan minimum RM4, anda dapat pulangan semula RM4. Senang je cara nak dapatkan baucar 1 SEN ini. Ni cara dapatkan baucar 1 SEN:

  1. Masuk aplikasi Shopee.
  2. Tekan ShopeePay Near Me.
  3. Tekan Super Savers.
  4. Pilih mana-mana baucar dan beli pada harga 1 SEN.

100% Cashback ini hanya tersedia untuk baucar 1 SEN saja.

e-Voucher Yang Lain Pun Ada

Yang menarik lagi, tak cukup dengan baucar 1 SEN, e-Voucher lain pun ada!Mudah saja, tekan ShopeePay Near Me dan tekan E-Voucher. Pelbagai baucar ditawarkan. Tak cukup? Jangan risau, 7 Julai ini ada baucar tambahan contohnya daripada Baskin Robbins, Domino's Pizza, llaollao, Kenny Rogers Roasters dan macam macam lagi.

Transfer Duit Pun Boleh Menang Shopee Coins

Ya, tak perlu bayar atau beli barang pun, pindahkan wang melalui ShopeePay pun boleh dapat dapat Shopee coins sehingga  177,777 Shopee coins yang sedia direbut semua pengguna.

Pindah wang serendah RM1 dan anda berpeluang dapatkan Shopee Coins. Senang, bukan?

Cara pindahkan wang seperti di bawah:

  1. Buka aplikasi Shopee.
  2. Tekan ShopeePay.
  3. Tekan Transfer.
  4. Imbas kod QR ShopeePay rakan/keluarga atau pilih nama/nombor telefon rakan/keluarga yang anda mahu pindahkan wang
  5. ak jumlah wang untuk dipindahkan dan hantar.

Jangan lupa! ShopeePay Day seterusnya ialah pada 1 Julai ini yang hanya berbaki beberapa hari saja lagi. Untuk maklumat lanjut, sila layari SINI.

**Advertorial ini dibawakan oleh Shopee Malaysia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts