Selalu ingat tentang kematian, Nora danish jadi takut jika naik pesawat

by Oh! Semput


4
SHARES
53
VIEWS
Posted on 11 Aug 2022 04:31:42

Peningakatan usia antara faktor berlaku perubahan pada diri Nora, 40, dan disebabkan itu dia selalu terfikir tentang kematian sehingga ada ketika perasaan yang datang menyebabkan dia takut menaiki pesawat.

“Saya memang ada anxiety dan stage fright. Baru-baru saya dapat rasakan perubahan itu. Mungkin sebab faktor usia sekarang ini membuatkan saya sentiasa fikir tentang kemaatian.

“Saya sendiri seorang yang terlalu emosi dan sensitif, jadi apabila sesuatu perkara terjadi ia menyumbang kepada overthinking.

“Bagaimanapun saya tidak mahu anggap ia sebagai satu yang negatif, sebaliknya fikir apa yang saya alami ini sebagai satu superpower yang boleh saya salurkan kepada perkara positif. Dengan cara ini saya akan lebih menghargai orang sekeliling,” katanya kepada mStar.

Nora berkata demikian ketika ditemui di majlis tayang filem lakonannya berjudul Kan Cheong yang berlangsung di Petaling Jaya pada Rabu.

Bercakap tentang masalah tekanan, kata Nora pencapaian dalam kerjaya juga boleh membuatkan perasaan itu datang secara tiba-tiba.

Bagaimanapun Nora bijak mengatasi tekanan dan dia selalu mengingatkan diri sendiri supaya melakukan lebih baik di masa akan datang.

“Saya tidak terkesan dengan kata-kata orang kerana tahu tidak semua sukakan kita. Namun dari segi kerjaya apabila kita meletakkan satu sasaran dan tidak tercapai ia akan jadi tekanan.

"Saya selalu bayangkan di usia 40 tahun akan capai pelbagai perkara namun masih ada yang belum dikecapi.

“Tidak salah untuk menangis jika rasa tertekan. Saya ingatkan diri sendiri supaya jangan mudah berputus asa dan menjadi lebih baik esok hari,” jelasnya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Artikel : mStar Online

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts