119 kru selamat kapal perang Indonesia terbakar

by Oh! Semput


5
SHARES
68
VIEWS
Posted on 03 Jun 2023 21:30:28

SEBUAH kapal tentera laut Indonesia (TNI AL) dilaporkan terbakar berdekatan perairan Selayar di Sulawesi Selatan pada Sabtu, manakala seramai 119 anak kapalnya dilaporkan selamat.

TNI AL dalam satu kenyataan memaklumkan semua kru KRI Teluk Hading-538 dipindahkan ke kapal penunda, TB Bahtera Zalfa yang kebetulan melintas ketika kejadian.

Bahagian tengah kapal perang jenis Frosch I 108 itu dilaporkan terbakar sekitar jam 2.15 petang waktu tempatan ketika menjalankan operasi.

Punca dan kronologi kebakaran kapal malang itu masih dalam siasatan manakala tiada laporan mengenai kecederaan kru setakat ini.

“KRI Teluk Hading-538 ditunda menuju ke daratan terdekat untuk pemeriksaan,” menurut TNI AL. – Bernama, 3 Jun, 2023.

Ad test

SUMBER ASAL

Muslimah Swimming Cooling Jersi
Muslimah Swimming Cooling Jersi
Shop Now
MONTOKS SERUM (10ml)
MONTOKS SERUM (10ml)
Shop Now
Women Bra push up bra lingerie
Women Bra push up bra lingerie
Shop Now

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Panduan Borong China
Popular Posts