“Selamat hari jadi sahabat..” – TMJ dapat ucapan daripada Cristiano Ronaldo

by Oh! Semput


HOME Posted on 01 Jul 2020 18:06:52



Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima ucapan ulang tahun keputeraan ke-36 daripada bintang Juventus, Cristiano Ronaldo semalam.

Ucapan tersebut diterima pada sebuah posting di laman Instagram milik Tunku Ismail selepas memuat naik sebuah video yang berterima kasih kepada orang ramai.

“Happy birthday my friend,” Tulis Ronaldo atau lebih dikenali dengan panggilan CR7 dalam kalangan peminat bola sepak dunia.

Ucapan ditinggalkan pemain bola yang juga billionaire itu mendapat hampir 7,000 tanda suka warganet selain komen balas daripada pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) tersebut.

alt

Rata-rata netizen berkongsi rasa teruja setelah melihat bintang bola sepak terkenal yang memiliki 227 juta pengikut di Instagram itu ‘singgah’ di ruangan posting berkenaan.

alt

alt

alt

: HRH Crown Prince of Johor

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...