Selebriti deklamasi puisi nukilan orang ramai untuk Rohingya

by Oh! Semput


7
SHARES
86
VIEWS
Posted on 21 Dec 2016 07:01:17

KUALA LUMPUR: Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) membuka peluang kepada orang ramai menghantar puisi untuk dibacakan selebriti tempatan dalam program amal Doa Untukmu Rohingya pada 1 Januari depan.

Terpanggil untuk memupuk sikap kebersamaan dalam mengenang nasib masyarakat Rohingya yang diperlakukan dengan kejam oleh tentera Myanmar, Laman Santai, Istana Budaya dipilih sebagai gelanggang acara besar-besaran itu.

Presiden WHAM, Tengku Khalidah Tengku Bidin, berkata acara amal itu bakal mencatat sejarah tersendiri apabila 100 puisi terpilih yang bertemakan keamanan, masyarakat sejagat serta kesejahteraan dideklamasikan artis dan personaliti popular.

“Pihak kami masih membuka peluang kepada orang ramai yang berbakat dalam penulisan puisi untuk menghantar karya asli asli secepat mungkin. Istimewanya, 100 nukilan yang dipilih ini juga akan dibukukan,” katanya kepada BH Online.

Katanya lagi, puisi kemanusiaan itu hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan dan bukan diciplak daripada mana-mana karya seni lain. Setiap karya perlu dihantar ke e-mel WHAM, [email protected] atau ke akaun Facebook iaitu www.facebook.com/wartawanhiburanfanpage.

Puisi yang dihantar hendaklah lengkap dengan nama, alamat dan nombor telefon penulis selain perlu dikirimkan kepada penganjur sebelum Sabtu ini.

Dijangka lebih 1,000 artis termasuk karyawan seni, budayawan, pemuzik, pelakon dan penyanyi terbabit dalam acara Doa Untukmu Rohingya ini yang dijadualkan berlangsung selama 10 jam bermula 2 petang.

Antara artis yang sudah mengesahkan kehadiran mereka ialah Datuk Hattan, Erra Fazira, Azharina, Datuk Jamal Abdillah, Johan As’ari, Datuk Rosyam Nor, Tasha Shilla, Zarul Husin dan kumpulan Rabbani.

Personaliti lain yang turut membacakan puisi seperti penyampai berita, Saiful Nizam Ismail; selain pelakon, Mia Ahmad; penyanyi, Zaiton Sameon dan Aizat Amdan; penyampai radio, Deejay Lin; serta pelawak, Nabil Ahmad.

DARI kiri: Datuk Jamal Abdillah, Erra Fazira dan Datuk Hattan. – Foto NSTP

Category: Hiburan

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts