Selepas Menandatangani Pemain Ukraine, Pertahanan Serbia Jadi Buruan Sri Pahang FC

by Oh! Semput


9
SHARES
111
VIEWS
Posted on 26 Feb 2024 20:00:51

KUANTAN: Selepas menandatangani pemain Ukraine, Mykola Ahapov, Sri Pahang FC kini dikatakan berusaha mendapatkan seorang pemain pertahanan dari Serbia.

Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) berkata, setakat ini, usaha itu sedang dilakukan untuk memastikan pemain import berkenaan bersetuju menyarung jersi skuad Tok Gajah.

"Boleh disahkan bahawa pemain pertahanan import dari Serbia sedang dirisik dalam usaha mengukuhkan jentera pertahanan pasukan selepas dua pertahanan import musim lalu dilepaskan.

"Namun, kelab belum lagi mendapat pengesahan tetapi pemain import itu berpengalaman yang diharap mampu untuk mengekang asakan lawan," kata sumber itu.

Disember lalu, Sri Pahang mengumumkan empat pemain import, Kevin Ingreso dari Filipina, Michael Glassock (Australia), Lucas Silva (Brazil) dan Sherzod Fayziev (Uzbekistan) tidak lagi bersama pasukan itu.

Glassock dan Fayziev adalah pemain pertahanan dan jika pemain Serbia itu bersetuju, ia mengisi kekosongan posisi pertahanan.

Setakat ini, Sri Pahang mengumumkan mengambil Ahapov yang bermain bersama kelab Kazakhstan, FC Akzhayik musim lalu untuk menambah ketajaman di bahagian serangan.

Pada masa sama, Sri Pahang menyasarkan tiga kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super manakala pencapaian lebih baik di Piala FA dan Piala Malaysia. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts