Selepas pemilihan PKR: UMNO tak tamak jawatan menteri – Ahmad Zahid

by Oh! Semput


8
SHARES
101
VIEWS
Posted on 24 May 2025 17:00:42

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa partinya tidak tamak atau berebut untuk mengisi sebarang kekosongan jawatan menteri sekiranya berlaku susulan pemilihan PKR baru-baru ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri itu, Umno menghormati urusan dalaman parti lain dan tidak berniat untuk campur tangan dalam pengagihan kuota jawatan menteri yang merupakan milik PKR.

alt

Foto: FMT

“Kalau jawatan itu mahu diberikan kepada Umno, kita menadahkan sebuah padang bola untuk menerima tawaran itu, tetapi itu kuota (PKR).
“Jadi, saya tidak fikir Umno begitu tamak untuk memohon jawatan itu diberikan kepada Umno. Kita bersyukur kerana ada tujuh menteri Umno dalam barisan Jemaah Menteri,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinannya terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat keputusan terbaik demi kestabilan kerajaan dan kelancaran pentadbiran Jemaah Menteri.

Terdahulu, dua menteri daripada PKR, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Menteri Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad  tewas dalam pemilihan parti semalam.

Rafizi sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan menteri sekiranya gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR.

alt

Foto: Carian Google

Dalam pemilihan tersebut, Rafizi menerima 3,866 undi, jauh ketinggalan berbanding Nurul Izzah Anwar yang memperoleh 9,803 undi dan berjaya memenangi jawatan Timbalan Presiden.

Mengulas perkembangan itu, Zahid turut mengucapkan tahniah kepada Nurul Izzah serta semua barisan kepimpinan baru PKR yang dipilih, termasuk naib-naib presiden, Majlis Pimpinan Pusat, Wanita dan Pemuda.

“Semoga ia dapat mempereratkan jalinan hubungan antara PKR dengan Umno melalui Barisan Nasional.” ujarnya.

: FMT

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts