Selepas Sulli & Goo Hara, seorang lagi artis Korea ditemui mati

by Oh! Semput


HOME Posted on 03 Dec 2019 16:02:30



Belum habis kecoh mengenai kematian selebriti Korea Selatan iaitu Sulli dan Goo Hara, terbaru seorang pelakon lelaki Cha In Ha ditemui meninggal dunia hari ini.

Kematian anggota kumpulan Surprise U itu disahkan agensi syarikat pengurusannya iaitu Fantagio yang mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.

Walau bagaimanapun, butir terperinci tentang kematian mengejutkan selebriti berusia 27 tahun itu tidak didedahkan kepada umum.

Menerusi laman Twitter, warganet mula memuat naik posting memberikan ucapan takziah dan berharap agar mendiang bersemadi dengan aman.

( Rest in Peace, SURPRISE U's Cha Inha or Lee Jaeho. My deep condolences to his families and friends. ) pic.twitter.com/kpadVvFupB

— lucy

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...