Selepas 7 Tahun Hilang, Muncul Dakwaan Kehilangan Acap Di Bukit Batu Putih Ada Unsur Jenayah Terancang? Ini Penjelasan Penuh

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 03 Jun 2026 06:32:36

Baru-baru ini, tular di Threads satu hantaran yang mendakwa kes kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali sebagai Acap, telah diklasifikasikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai “jenayah terancang”, susulan kes kehilangan Jaslinda di Gunung Batu Putih yang masih belum bertemu sinar sehingga ke hari ini.

Berikutan itu, kes kehilangan pendaki Acap di kawasan yang sama menjadi tular kembali malah wujud  hantaran yang  mendakwa Acap dipercayai hilang di kawasan terowong bawah lebuh raya PLUS dan menolak pelbagai spekulasi lain yang pernah tular sebelum ini.

Advertisement

acap hilang

Bagaimanapun, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan tidak pernah disahkan secara rasmi oleh pihak polis.

Sehingga hari ini, kes kehilangan Acap yang berlaku pada 23 Mac 2019 di kawasan Gua Tempurung, Perak masih diklasifikasikan sebagai kes orang hilang. Tiada sebarang kenyataan rasmi daripada PDRM yang mengesahkan beliau menjadi mangsa pembunuhan atau jenayah terancang.

acap

Untuk rekod, Acap dilaporkan hilang ketika menyertai acara larian lasak Gopeng Ultra Trail 2019 sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) berskala besar dijalankan melibatkan pelbagai agensi serta sukarelawan. Namun sehingga kini, beliau masih gagal ditemui dan misteri kehilangan tersebut kekal tanpa petunjuk jelas, seperti memetik laporan berita Harian Metro.

Dakwaan yang tular di media sosial itu dipercayai hanyalah spekulasi dan pandangan individu tertentu tanpa sebarang pengesahan daripada pihak berkuasa.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat andaian sendiri berhubung kes ini kerana ia boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan sensitiviti keluarga mangsa yang masih menunggu jawapan sehingga hari ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-05-26 14:30:15

Tragedi Bukit Changkat Asa : Nur Izzati Ditemui 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Hilang

Selepas 7 Tahun Hilang, Muncul Dakwaan Kehilangan Acap Di Bukit Batu Putih Ada Unsur Jenayah Terancang? Ini Penjelasan Penuh first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts