Selepas 11 Tahun, Sokongan Windows 7 Ditamatkan Secara Rasmi

by Oh! Semput


HOME Posted on 15 Jan 2020 02:04:03



Mula diperkenalkan pada tahun 2009, Windows 7 berjaya menjadi sistem operasi yang popular dan digunakan ramai bagi menggantikan Windows Vista yang penuh dengan masalah. Windows 7 juga berjaya menawarkan pengalaman pengguna yang baik sebelum Windows memperkenalkan Windows 8.

Khas buat pengguna yang masih lagi menggunakan Windows 7, Windows pada hari ini telah mengumumkan penamatan sokongan bagi Windows 7. Dalam erti kata lain, tiada lagi kemas kini terbaru buat pengguna Windows 7 selepas ini sekaligus membuatkan para pengguna mungkin terdedah kepada serangan sekuriti.

HUAWEI-Student-OB-1200×557 (1)

Windows-7-Notification-Windows-10

Walau bagaimanapun, kami yakin sejumlah besar pengguna kini sudah menggunakan Windows 10 atau setidaknya Windows 8 yang hadir dengan sistem sekuriti yang lebih baik. Pihak Microsoft juga turut menggalakkan pengguna untuk menaik-taraf sistem operasi kepada Windows 10.

Penamatan Windows 7 ini sekaligus meletakkan Windows 7 sebagai produk yang usang tanpa kemas kini terbaru sama seperti Yahoo Messenger dan Winamp.

Kecoh pada tahun lalu apabila Microsoft dilaporkan bakal membuang MS Paint daripada Windows 10. 

Microsoft Tarik Balik Keputusan Membuang MS Paint Daripada Windows 10

Yahoo Messenger Bakal Ditamatkan Perkhidmatan Bulan Hadapan

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...