Selesai Kuarantin, Zulin Aziz Raikan Dengan Masak Kari Kepala Ikan

by Oh! Semput


5
SHARES
70
VIEWS
Posted on 04 Dec 2020 09:30:40

Hari demi hari ramai selebriti disahkan bebas daripada virus COVID-19 selepas 14 hari menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing. Termasuklah, pelakon Zulin Aziz yang sudah bebas daripada memakai gelang pink.

Meluahkan rasa syukur sudah pun selesai menjalani kuarantin dan disahkan keadannya baik-baik sahaja, Zulin meraikan dengan menyediakan juadah kari kepala ikan.

BACA: Muat Naik Foto Romantik, Zulin Aziz Trauma Kongsi Kisah Cinta

“Alhamdulillah, saya dibebaskan dari quarantine. Tiada lagi gelang pink di tanganku. Maka dengan itu, di hari Jumaat yang mulia ini saya masak kari kepala ikan untuk anda tatap…”

Menerusi perkongsian itu, Zulin turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan orang ramai yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya.

Terdahulu, Zulin dan sahabat baiknya, Emelie Hanif menjalani kuarantin bersama-sama di rumah selepas dipercayai mempunyai kontak rapat dengan pelakon Alif Satar yang hari ini disahkan bebas daripada virus tersebut.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts