by Oh! Semput
ementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diarah untuk menyegerakan penyelesaian isu pengiktirafan graduan program Doktor Farmasi (PharmD) Universiti Alexandria, Mesir bagi tujuan pendaftaran dan amalan profesional di Malaysia.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil maklum aduan yang dikemukakan pelajar bidang farmasi universiti berkenaan berhubung status pengiktirafan kelayakan program tersebut.
Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kedua-dua kementerian terbabit memberikan perhatian serius dan memuktamadkan penyelesaian isu berkenaan dalam kadar segera demi kepentingan pelajar yang terlibat.

Foto arkib: Bernama
Pejabat Perdana Menteri menjelaskan bahawa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ketika ini tidak mempunyai sebarang halangan terhadap pengiktirafan akademik program berkaitan.
Bagaimanapun, bagi tujuan pendaftaran sebagai ahli farmasi dan menjalankan amalan profesional di Malaysia, pengiktirafan tersebut masih memerlukan pertimbangan serta persetujuan daripada Lembaga Farmasi Malaysia.
Sehubungan itu, KPT dan KKM diminta menyelesaikan isu berkenaan secara menyeluruh selaras dengan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan keadilan, ihsan dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan yang melibatkan masa depan rakyat.
: Facebook Anwar Ibrahim