Selipar 'Muslim Friendly' terus dikecam hebat sampaikan Neelofa digelar penunggang agama?

by Oh! Semput


HOME Posted on 08 Apr 2021 16:01:31



 


Selebriti sensasi yang menjadi model kepada ramai anak muda iaitu Neelofa sudah selamat menamatkan zaman bujangnya pada 27 Mac yang lalu.


Namun selepas kahwin, semakin banyak pula kontr0versi yang mengaitkan nama usahawan berjaya tersebut.


Selepas itu tidak jaga SOP ketika majlis perkahwinan berlangsung selepas itu isu rentas negeri ke Langkawi. Terbaru timbul pula isu selipar 'muslim friendly' yang dikatakan ramai oleh netizen sebagai menunggang agama kerana penggunaan ayat tersebut sebagai tagline produk terbaru Neelofa itu.


Untuk pengetahuan anda, Neelofa telah berkolaborasi bersama sebuah jenama selipar terkenal iaitu Fipper dengan melancarkan selipar mesra muslim Exclusive Fipper X The Noor Neelofa Slip On Series dan dijual pada harga RM79.90 sepasang.


Nampaknya kolaborasi berkenaan menarik perhatian ramai terutamanya warganet yang turut memberikan pelbagai pendapat dari segi harga yang dikenakan, gaya dan sejauh manakah produk itu mesra muslim?


Ini antara pendapat-pendapat yang disuarakan oleh mereka :




Di dalam krit.ikan-krit.ikan yang dilontarkan, ada juga yang memahami mengapa selipar tersebut dipanggil mesra muslim, ini antara pendapat mereka :





Bagaimanapun, pengeluar selipar tersebut iaitu Fipper juga telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu muslim friendly yang menjadi perde,batan netizen, mereka menjelaskan bahawa selipar berkenaan sebenarnya sesuai untuk dipakai oleh muslimah yang memakai stokin kerana produk mereka sebelum ini kurang bersesuaian untuk diguna pakai oleh muslimah.


: Twitter dan Instagram Fipper via hotfm

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News