Selisih faham, pemandu lori tikam isteri & ibu mentua

by Oh! Semput


0
SHARES
6
VIEWS
Posted on 23 Jun 2022 22:00:20



Seorang lelaki ditahan oleh pihak polis selepas menikam isteri dan ibu mentuanya dalam kejadian di Tumpat, Kelantan pada Selasa lalu.


Pemangku Ketua Polis Kelantan DCP Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan di Kampung Chabang Empat, Tumpat.


"Pada jam 6.35 petang semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat menerima satu laporan berhubung kejadian mendatangkan cedera parah dengan menggunakan senjata ke atas dua perempuan Melayu yang merupakan isteri dan ibu mentua kepada suspek menyebabkan kedua-dua mangsa ditikam dengan dua bilah pisau.


Katanya insiden tersebut tercetus daripada perselisihan faham di antara suspek dengan isterinya dan melarat sehingga membawa kepada pergaduhan kira-kira jam 6.35 petang.


Kedua-dua mangsa yang berusia 20-an dan 60-an itu kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk diberikan rawatan.


"Hasil pemeriksaan awal, doktor mendapati isteri suspek mengalami retak dan luka di bahagian kepala, patah dua jari selain luka di beberapa bahagian badannya.


"Ibu wanita itu luka di bahagian kepala akibat ditikam suspek," katanya dalam kenyataan media.


Susulan dengan kejadian itu juga, Muhammad Zaki berkata, polis menerima maklumat mengenai satu kes cubaan bunuh diri di tapak pembinaan Projek Perumahan Awam 1Malaysia di Kampung Sireh Kota Bharu, hari ini.


"Lelaki itu berjaya ditangkap. Hasil semakan dia merupakan suspek bagi kes mendatangkan cedera parah dengan menggunakan senjata di Tumpat.


"Suspek berusia 27 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori dan mempunyai tiga rekod lampau berkait kes dadah," katanya.


Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.


: Astro Awani, Harian Metro


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts