Suku Semai terkilan janji hanya tinggal janji

by Oh! Semput


2
SHARES
26
VIEWS
Posted on 04 Feb 2020 03:02:42



Suku Semai terkilan janji hanya tinggal janji


Hasnoor Hussain Hasnoor Hussain Dikemas kini 1 jam yang lalu · Diterbitkan pada 4 Feb 2020 9:56AM ·

ORANG Asli suku Semai di Ulu Geruntum, Gopeng berang susulan kegagalan kerajaan negeri Perak menghentikan projek mini hidroelektrik di tanah adat mereka.

Mereka berharap kerajaan Pakatan Harapan akan membatalkan keputusan membina empangan hidro yang dibuat pentadbiran Barisan Nasional dahulu.

Meskipun banyak gesaan dari suku Semai, aktivis dan persatuan sivil supaya projek tersebut dihentikan, kerajaan negeri pada tahun lepas akhirnya memberi lampu hijau agar ia diteruskan.

Sejak 2012 lagi masyarakat Orang Asli suku Semai ini membantah pembinaan empangan itu kerana bimbang ia akan merosakkan ekosistem dan cara hidup mereka. – 4 Februari, 2020.

Remaja Semai menangkap ikan di Sungai Geruntum di Gopeng, Perak, yang menjadi sumber bekalan air, makanan dan tempat mereka mandi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Februari, 2020.
Pemandangan di Kampung Poh, satu daripada enam kampung suku Semai di Ulu Geruntum, di kaki Banjaran Titiwangsa di Gopeng, Perak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Februari, 2020.
Orang Asli suku Semai minum pagi sebelum keluar bekerja. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Februari, 2020.
Anak muda suku Semai menangkap ikan di sungai untuk dijadikan lauk. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Februari, 2020.
Wanita suku Semai bergotong-royong memasak hidangan pada majlis perkahwinan di kampung mereka di Ulu Geruntum, Gopeng. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Februari, 2020.
Seorang wanita suku Semai memetik pucuk paku di tepi Sungai Geruntum di Gopeng, Perak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Februari, 2020.
Orang Asli suku Semai beramai-ramai menangkap ikan di Sungai Geruntum. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Februari, 2020.
Seorang wanita suku Semai mengangkat pakaian yang dijemur di rumahnya di Ulu Geruntum. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Februari, 2020.
Beberapa pondok yang baru dibina di tepi Sungai Geruntum. Pada 29 Januari lalu, masyarakat suku Semai di Ulu Geruntum menerima surat dari Perak Hydro Renewable Energy Corporation Sdn Bhd, mengarahkan pondok-pondok ini dirobohkan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Februari, 2020.
Seorang wanita suku Semai melintasi sepanduk bantahan terhadap projek empangan hidroelektrik di perkampungan mereka di Ulu Geruntum, Gopeng. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Februari, 2020.
Seorang budak lelaki suku Semai duduk di atas bekas tanah perkuburan nenek moyangnya yang kini menjadi jalan masuk bagi pembinaan empangan hidroelektrik di perkampungan Orang Asli di Ulu Geruntum, Gopeng.  – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Februari, 2020.
Orang Asli suku Semai di Ulu Geruntum di Gopeng, Perak, melawat separuh daripada kubur nenek moyang mereka yang musnah selepas jalan masuk dibina di situ bagi projek pembinaan empangan hidroelektrik pada 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Februari, 2020.
Kawasan pembinaan empangan mini hidroelektrik di Sungai Geruntum di Gopeng, Perak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Februari, 2020.
Papan tanda projek mini hidroelektrik yang dirobohkan Orang Asli suku Semai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Februari, 2020.
Sekumpulan pekerja menolak lori yang rosak di atas jalan tanah merah di tapak projek mini hidroelektrik di Ulu Geruntum, Gopeng. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Februari, 2020.
Orang Asli suku Semai duduk di tepi mesin pengorek di tapak projek mini hidroelektrik di Ulu Geruntum, Gopeng. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Februari, 2020. 

Daftar atau log masuk di sini untuk komen.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts