by Oh! Semput
Seperti diketahui, Unifi TV telah diumumkan sebagai penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia bersama RTM.
Seiring dengan pengenalan Pas FIFA World Cup 2026 yang memberikan akses kepada kesemua 104 perlawanan secara langsung, Unifi turut menyediakan halaman khas yang menghimpunkan jadual lengkap perlawanan serta saluran siaran di Unifi TV bagi memudahkan peminat bola sepak merancang tontonan sepanjang kejohanan berlangsung.
Untuk Piala Dunia FIFA 2026, siaran akan dibawakan menerusi tiga saluran khas iaitu Unifi FIFA World Cup 2026 1, Unifi FIFA World Cup 2026 2 dan Unifi FIFA World Cup 2026 3.
Bagi yang ingin menyemak waktu perlawanan pasukan pilihan atau mengetahui saluran yang menyiarkan sesuatu perlawanan, rujuk jadual lengkap yang disediakan oleh Unifi TV di bawah. Jadual ini merangkumi perlawanan peringkat kumpulan sehingga ke penentuan tempat ketiga dan perlawanan akhir.











{suggest}
Semak Jadual Perlawanan, Saluran Siaran Langsung Piala Dunia FIFA 2026 Di Unifi TV WISER.MY.