Semangat yang kuat, kanak2 naik bas pegang kain selepas bersunat

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 03 Dec 2019 04:02:49

Musim cuti persekolahan kebiasaannya ibu bapa mengambil peluang ini untuk menghantar anak-anak lelaki untuk berkhatan. Dengan teknologi yang semakin berkembang, urusan berkhatan akan lebih mudah apabila boleh sahaja dilakukan di klinik.

Namun begitu, sejak semalam telah tular gambar seorang kanak-kanak yang berada dalam bas sambil memegang kain pelikat.

Menurut pengguna Facebook dikenali sebagai Nor Shabiha Khairi, kanak-kanak tersebut menaiki bas bersama ibu dan adik kecilnya yang masih dalam dukungan selepas selesai berkhatan.

alt

alt

Kanak-kanak itu dilihat duduk dalam bas sambil merenung ke luar tingkap berseorangan sementara ibu dan adik kecilnya duduk di bahagian lain.

alt

Gambarnya telah tular di media sosial dan menarik perhatian warganet yang berasa sebak dengan situasi tersebut. Rata-rata daripada mereka telah meninggalkan komen di ruangan Facebook sumber dengan menzahirkan kata semangat melihat ketabahan kanak-kanak serta ibunya itu.

alt

alt

alt

: Nor Shabiha Khairi

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts