“Sembunyi di belakang kereta dan lihat mayat terkujur depan mata…” -Saksi jemaah Malaysia kongsi cerita tragedi Masjid Christchurch, New Zealand

by Oh! Semput


2
SHARES
30
VIEWS
Posted on 15 Mar 2019 13:04:48

Berdebar dan seakan-akan video permainan komputer (game) merupakan antara respons daripada netizen yang menonton video serangan kejadian tembakan rambang oleh pengganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand.

Namun, pastinya perasaan takut dan gentar dirasai sendiri oleh para jemaah yang berada di masjid tersebut ketika sedang menunaikan solat Jumaat.

Salah seorang mangsa yang merupakan warganegara Malaysia, Noor Hamzah telah memuat naik foto dan nota di Facebooknya selepas serangan berlaku. Dia yang sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Noor telah menceritakan kejadian tersebut.

Posted by Noor Hamzah on Friday, March 15, 2019

Menurut Noor Hamzah yang berusia 54 tahun ini, ketika kejadian berlaku dia dan beberapa jemaah telah lari bertempiaran keluar dari masjid selepas mendengar tembakan di Masjid Al Noor dan menyorok di belakang beberapa buah kereta di Deans Ave.

Ketika kejadian berlaku, dia sempat merakamkan beberapa foto ketika menyembunyikan diri dan telah berkongsikan di laman Facebook.

alt

Hamzah yang telah berhijrah ke New Zealand pada awal tahun 80-an untuk melanjutkan pelajaran, merupakan antara penduduk tetap yang telah tinggal di New Zealand sejak tahun 1998. Menurutnya, tragedi ini adalah yang terburuk pernah berlaku di New Zealand.

“Ini adalah bencana buat New Zealand, hari ‘hitam’ buat negara ini. Saya tidak dapat membayangkan ini boleh terjadi. Tidak dapat saya bayangkan sama sekali dan masih terkejut, harap saya kuat untuk menghadapinya.”

alt

: Astro Awani

Komen

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts