PRK DUN Semenyih: Puan Seri fail saman pemula kepada SPR

by Oh! Semput


HOME Posted on 11 Feb 2019 14:02:41


AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI

11 Februari 2019 4:33 PM

SAMAN SPR

Sabariah (tiga dari kiri) bersama penguamnya Khairul Azam (tengah) sewaktu sidang akhbar selepas memfailkan saman pemula terhadap pengerusi SPR, SPR dan Kerajaan Persekutuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. - Foto oleh MOHD. SHAHARANI SAIBI

SHAH ALAM - Seorang pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih memfailkan saman pemula terhadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun bagi menghalang suruhanjaya itu mengendalikan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih, 2 Mac ini.

Saman yang difailkan secara dalam talian pada Sabtu lalu oleh Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co itu turut menamakan SPR dan Kerajaan Persekutuan sebagai defendan.

-->

Saman terbabit menuntut pelbagai deklarasi, antaranya pengisytiharan bahawa suruhanjaya itu tidak wujud dari segi undang-undang.

Menurut pengundi berkenaan, Puan Seri Sabariah Mohd Shariff, dia mengambil inisiatif mengemukakan saman pemula itu kepada SPR apabila itu berkenaan timbul di media sosial.

"Apabila timbul isu di media sosial berkaitan SPR sama ada ia satu entiti yang sah atau tidak di sisi perlembagaan mula dipersoalkan netizen, saya mengambil inisiatif sendiri melantik peguam.

"Saya percaya hanya mahkamah sahaja layak membuat keputusan sama ada SPR ini sah atau tidak mengikut perlembagaan.

"Saya tiada apa-apa kepentingan politik, saya hanya mahu proses demokrasi di negara kita ini dijalankan oleh pihak yang sah di sisi undang-undang serta mengikut cara perlembagaan dan mematuhi prinsip "Rule of Law"," katanya pada sidang akhbar di Lobi Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Sementara itu, peguam Khairul Azam Abdul Aziz yang mewakili Sabariah berkata, fungsi utama SPR yang dipertanggungjawabkan oleh Perlembagaan adalah untuk pengawasan, arahan dan pengawalan serta penyediaan senarai pemilih selain mengadakan pilihan raya di Persekutuan dan kerajaan negeri ke Parlimen.
 
Namun katanya, pihaknya hairan fungsi itu boleh dilaksanakan dengan mudah oleh seorang individu saja.
 
“Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa SPR pada ketika ini, terdiri daripada seorang individu saja. Entiti seorang individu itu, pada pandangan kami, bukan satu SPR yang sah, diwujudkan mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

“Jika mahkamah membuat keputusan untuk berpihak kepada kami, nampaknya PRK DUN N24 (Semenyih) yang dijangka diadakan pada 16 Februari ini perlu menunggu sehingga komposisi SPR disahkan oleh Yang Dipertuan Agong, mengikut Perlembagaan,” katanya.

Justeru, beliau berkata, pihaknya sudah memfailkan perakuan segera untuk memastikan supaya hujahan pihak-pihak boleh didengar dengan secepat mungkin. Namun, pihak mahkamah belum menetapkan tarikh pendengaran berhubung kes saman berkenaan.

Pada 21 September lalu, Azhar, 57, dilantik menjadi Pengerusi SPR, selepas bekas Pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, memendekkan tempoh perkhidmatannya berkuat kuasa 1 Julai.

Bagaimanapun, pada Oktober tahun lalu, Azhar mengumumkan Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood, memendekkan tempoh perkhidmatannya berkuat kuasa pada 1 Januari 2019, selaras dengan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Turut memendekkan tempoh perkhidmatan ialah empat Ahli SPR iaitu Datuk Md Yusop Mansur, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi dan Datuk Leo Chong Cheong. - K! ONLINE

's

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News