by Oh! Semput
Baru-baru ini, tular di laman sosial memaparkan seorang wanita bertindak berjalan kaki sambil mendukung seorang anak untuk pulang ke rumah ibunya telah berjaya meraih perhatian ramai.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Noor Janah Ibrahim, dia memaklumkan berselisih dengan wanita tersebut semasa dalam perjalanan untuk pulang ke kampungnya.
Tidak sampai hati melihat keadaan mereka, Janah telah meminta suaminya untuk berpatah balik kerana ingin memberi tumpang kenderaan mereka memandangkan kawasan dikelilingi dengan hutan.
Apa yang lebih menyedihkan, rupa-rupanya wanita tersebut mempunyai masalah keluarga di mana suaminya sudah seminggu tidak ambil berat terhadapnya.
Disebabkan itulah, dia membawa diri bersama anak dan difahamkan, sudah dua jam berjalan kaki dari Gambang mejuju ke Payar Bungor untuk pulang ke rumah ibunya.
Sebelum sampai ke destinasi sebenar, Janah menurunkan keluarga tersebut di sebuah kawasan selepas diminta oleh wanita tersebut memandangkan jalan masuk rumah agak sukar untuk kenderaan melaluinya.
Sehingga kini, video tersebut telah berjaya meraih lebih satu juta tontonan dan mendapat lebih 70,000 tanda suka selepas tiga hari dimuat naik dalam aplikasi tersebut.
: TikTok @Noor Janah Ibrahim