Tak sempat sampai hospital, suami sambut isteri lahirkan anak dalam kereta

by Oh! Semput


11
SHARES
139
VIEWS
Posted on 05 May 2024 10:31:31

Tak sempat sampai hospital, tular sebuah ciapan memaparkan seorang suami sambut isteri melahirkan anak mereka dalam sebuah kereta sehingga meraih perhatian warganet.

Menerusi hantaran tular dimuat naik di platform X (dulu dikenali Twitter),  wanita dikenali Mira berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan olehnya, baru-baru ini.

Suami sambut isteri lahirkan anak dalam kereta

Kongsi Mira mengenai detik cemas penuh bermakna itu, kepala bayi telah pun keluar sewaktu mereka berada dalam lif kediaman rumah, namun terpaksa tahan sehingga masuk ke dalam kereta.

“Suami sendiri sambut bayi dalam kereta. 
“Tak sempat sampai hospital. Dalam lif dari tingkat 28 ke parking, kepala baby dah terkeluar dan sempat tahan sampai masuk kereta,”katanya.

alt

Dia bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan bayi tersebut selamat dilahirkan.

Perkenal nama bayi, tempat lahir istimewa

Dalam hantaran berikutnya, suami kepada Mira berkongsi beberapa foto dia bersama anak ‘bertuah’ dengan memberi nama bayi itu ‘Aleena Celina’

Dia turut sempat berseloroh akan situasi dan tempat lahir anaknya yang baru lahir.

“Inilah baby Aleena Celina yang lahir separuh dalam lif rumah dan sambung dalam kereta,”selorohnya.

alt

alt

Artikel lain: “Takut beranak tapi buat sedap” – Rebecca kongsi pengalaman bersalin

Alhamdulillah, selamat berpantang

Rata-rata warganet meluahkan rasa syukur dan meninggalkan ucapan tahniah buat pasangan itu atas kelahiran cahaya mata mereka.

alt alt alt alt

: X _acabellas

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts