by Oh! Semput
Berdasarkan kepada semakan terkini yang dibuat di laman Digital Nasional Berhad (DNB), sudah terdapat sebanyak 153 telefon pintar 5G yang tersedia menyokong rangkaian 5G Malaysia setakat ini.
Senarai ini dikemas kini oleh pihak DNB pada 10 November 2022 lalu.
Berikut adalah senarai jenama dan model telefon pintar yang tersedia menyokong rangkaian 5G Malaysia yang disenaraikan oleh DNB:-
HONOR
Huawei
Nokia
Oppo
Realme
Vivo
Xiaomi
ZTE
Samsung
Blackshark
Asus
OnePlus
Sebenarnya sudah banyak telefon pintar 5G dibawa masuk ke pasaran tempatan.
Walaubagaimanapun DNB menjelaskan, masa yang diambil untuk peranti menjadi sedia 5G di Malaysia adalah bergantung pada proses khusus oleh setiap pengeluar. DNB menegaskan, mereka tidak terlibat dalam pensijilan peranti.
Pensijilan peranti PULA diterajui oleh SIRIM – di bawah bimbingan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) – sebagaimana prosedur standard.
Pengguna juga boleh menghubungi penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan dan/atau pengeluar jenama untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan peranti 5G di Malaysia.
{suggest}
: DNB