by Oh! Semput
Industri hiburan digital tanah air sekali lagi mencipta sejarah apabila Gempak Most Wanted Awards 2026 kembali dengan malam kemuncak yang penuh glamor dan momen sensasi.
Acara berprestij anjuran Astro Gempak ini berlangsung dengan meriah di Auditorium MBSA, Shah Alam, menghimpunkan barisan selebriti, pencipta kandungan digital, pelakon, penyanyi dan personaliti media sosial paling berpengaruh di Malaysia.
Disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria, serta platform digital seperti Astro GO dan Sooka, malam anugerah ini tampil dengan tema “Re-Culture”, GMWA2026 mengetengahkan interpretasi baharu terhadap budaya pop dan warisan tempatan dalam era digital. Konsep ini diterjemahkan menerusi rekaan pentas yang moden dengan sentuhan elemen tradisional, selain busana para selebriti yang berani bereksperimen dengan siluet kontemporari dan fabrik klasik.
Malam gemilang itu dipandu penuh karisma oleh Sean Lee dan Amelia Henderson, yang berjaya menghidupkan suasana dengan interaksi santai serta momen spontan yang mencuit hati.
Lebih istimewa, anugerah ini terus mengekalkan konsep undian 100 peratus oleh peminat, membuktikan kuasa pengaruh dan sokongan digital memainkan peranan besar dalam menentukan siapakah figura paling ‘most wanted’ tahun ini.
SUMBER ASAL