Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim ke-3 Sama Seperti Yang Dibocorkan Sebelum Ini

by Oh! Semput


5
SHARES
68
VIEWS
Posted on 06 Oct 2016 06:00:26

Akhirnya senarai peserta yang terpilih untuk memasuki Gegar Vaganza musim ketiga diumumkan dan ia sememangnya sama seperti mana yang telah dibocorkan pada umum sebelum ini.

1

Gambar : Instagram HLive

Syarikat saluran tv Astro telah pun memperkenalkan peserta-peserta untuk musim ketiga semalam. Bertempat di Trec KL, kesemua peserta yang terpilih turut menghadiri upacara sidang media tersebut.

 

Secara keseluruhannya, enam orang peserta lelaki dan enam orang peserta perempuan. Mereka adalah Ameng Spring, G-Mee Screen, Razis Ismail, Rem, Shidee Data, Zarul Umbrella, Azharina, Elly Mazlein, Intan Sarafina, Nora, Siti Sarah dan Zur Eda.

 

Penyanyi, Maya Matahari atau dikenali sebagai Mya walau bagaimanapun tidak berjaya untuk memasuki Gegar Vaganza dan ini menyebabkan dirinya menyoal akan punca dirinya ditolak dua kali berturut-turut.

 

Namun, menurut ketua saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad, Mya tidak tidak berjaya kerana tidak lepas dengan syarat-syarat yang ditetapkan yang mana kriteria setiap penyanyi haruslah mempunyai lagu hit serta mampu beraksi secara ‘live’.

 

Untuk musim ini, Jihan Muse dan Nabil Ahmad masih lagi diberikan tanggungjawab untuk mengacara program tersebut. Juri tetap masih lagi dikekalkan dengan Dato Haji Ramli MS dan Dato Khadijah Ibrahim.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts