3 Senarai Promosi Hebat Sempena 10.10 Hari Ini

by Oh! Semput


6
SHARES
83
VIEWS
Posted on 10 Oct 2019 10:02:49

Hari ini cukup istimewa kerana bukan sahaja tarikh cukup cantik tetapi terdapat pelbagai tawaran promosi hebat yang anda boleh rebut. Apabila sebut sahaja promosi, siapa yang tidak teruja bukan?

Berikut kami senaraikan 3 promosi hebat ditawarkan sempena 10.10 yang anda boleh rebut hari ini:

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01

1. KFC

71803555_2807914842575331_2491330376006369280_n

KFC kini tawarkan promosi hebat dengan hanya RM10 anda boleh dapatkan KFC Snack Plate atau 2-pc Combo. Mudah sahaja untuk anda dapatkan diskaun ini, anda hanya perlu membuat tempahan melalui aplikasi KFC untuk penghantaran atau self-collect di cawangan KFC terdekat dan masukkan kod promo: TENTASTIC.

2. IKEA

Jika ke IKEA tidak sah jika tidak makan meatball bukan? Kali ini, IKEA menawarkan promosi 10 biji meatball daging dengan harga RM3 sahaja. Murah kan? Akan tetapi, adalah diingatkan bahawa anda hanya boleh menebus tawaran ini untuk dua hidangan dan sah untuk pemegang kad IKEA. Tiada kad? Anda boleh buat secara percuma dengan mudah.

3. McDonald’s

Oct_Flash_sale_1010_Promotion-Page_1080x1080

Jika anda penggemar makanan di McDonald’s, ini masanya anda rebut tawaran promosi ini. McDonald’s tawarkan promosi penjimatan RM10 untuk beberapa hidangan pilihan yang pastinya menarik. Bayangkan anda boleh dapat dua set ayam goreng MCD dengan harga RM34 sahaja. Anda boleh menebus promosi ini dengan membuat tempahan melalui aplikasi McDonald’s Delivery.

Menarik kan tawaran-tawaran ini? Apa tunggu lagi, rebutlah segera. Anda mungkin berminat untuk baca review rasa Ayam Goreng MCD extra spicy 3X.

Pedas Sangatkah ‘Ayam Goreng Extra Spicy 3X’ McDonald’s Ini?

‘Zinger Double Down’ Kembali Ke KFC Malaysia Minggu Hadapan

Bekas Pekerja KFC Dedah Tindakan Sekiranya Menerima Ayam Bersaiz Kecil

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts