Senarai Telefon Pintar Dengan Pancaran Radiasi Paling Tinggi Dan Paling Rendah

by Oh! Semput


HOME Posted on 12 Feb 2019 16:00:31



Adalah normal bagi sesebuah telefon pintar mengeluarkan gelombang radiasinya yang tersendiri.

Lebih kurang setahun yang lalu, kita telah dihidangkan dengan laporan mengenai senarai telefon pintar dengan pancaran radiasi paling tinggi dan paling rendah bagi kalendar 2017. Sekali imbas bagi kategori pancaran radiasi paling tinggi, ia didominasi model dari pengeluar China.

Kini, statistik bagi tahun 2018 pula telah dikongsikan laman Statista berdasarkan laporan dari Jabatan Persekutuan Untuk Perlindungan Radiasi Jerman (Bundesamt für Strahlenschutz).

Diukur dengan Specific Absorption Rate atau SAR (dalam watt per kilogram), senarai model dengan pancaran radiasi paling tinggi adalah seperti dibawah:

Dari 16 peranti yang tersenarai, 4 dari Xiaomi dan OnePlus, HTC, Apple, Google masing-masing dengan dua peranti dan selebihnya adalah Sony serta ZTE.

Bagi pancaran radiasi paling rendah pula, separuh daripada peranti tersenarai adalah dari Samsung.

Baca juga – Radiasi Telefon Pintar, Bahaya Atau Tidak?

: Statista – 1, 2

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...