Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 (Separuh Akhir) Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

by Oh! Semput


16
SHARES
213
VIEWS
Posted on 26 Nov 2023 23:31:12

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Konsert Separuh Akhir All Stars Gegar Vaganza 2023 bakal melibatkan lapan peserta yang bersaing untuk menguasai pentas.

Pada minggu ini yang mengusung tema "Kompilasi Kapak Leleh", peserta diberi peluang untuk menggegar pentas dengan lagu-lagu 'tangkap leleh' dan rock.

Meneruskan kemaraan mereka dalam pertandingan adalah Siti Nordiana, Naqiu (Boboy), Jaclyn Victor, Hady Mirza (Singapura), Liza Hanim, Tomok (New Boyz), Azharina Azhar dan Nikki Palikat.

Lagu-lagu tugasan yang dipilih untuk menghidupkan suasana acara termasuklah:

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Senarai Lagu Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza 2023 (GV10) - Minggu Kesebelas

1. Naqiu - Memori Sekuntum Rindu (Spoon) & It's My Life (Bon Jovi)

2. Siti Nordiana - Hampa Hatiku (Ungu) & Sudah Ku Tahu (Projector Band)

3. Hady Mirza - Opera Hidup (Wings) & Tragedi Oktober (Dato Awie)

4. Jaclyn Victor - Mistikus Cinta (Dewa 19) & Taman Rashidah Utama (Wings)

5. Tomok - C.I.N.T.A. (XPDC) & Bahalol (XPDC)

6. Liza Hanim - Paku (Ara Johari) & Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter)

7. Nikki Palikat - Pelesit Kota (Search) & Gemuruh (Search & Wings)

8. Azharina Azhar - What's Up? (4 Non Blondes) & Livin’ On A Prayer (Bon Jovi)

Pembukaan - Jihan, Nabil - Cinta Pantai Merdeka (Tropika) & Cinta Sakti (Def Gab C)

Penentuan keputusan diambil oleh kumpulan juri tetap yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Dalam penyampaian rancangan pula, Nabil Ahmad dan Jihan Muse beraksi sebagai gandingan pengacara utama yang menghiburkan penonton.

Konsert Gegar Vaganza Musim 10 (GV10) atau Gegar Vaganza X disajikan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), siaran langsung melalui saluran Astro Ria (104), setiap hari Ahad, bermula 24 September 2023, pukul 9 malam.

Penyediaan kandungan rancangan juga melibatkan aplikasi Astro Go, Sooka dan platform On Demand di Astro Box.

Untuk keterangan mengenai format penjurian, hadiah yang ditawarkan dan perincian lanjut mengenai GV10, rujuk artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 10 (2023)

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2023 Live + Minggu 10

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts