Sentiasa Nampak Kelibat Kekasih, Rupanya Hantu Raya!!!

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 23 Sep 2017 23:01:13

Semua orang sedia maklum hantu raya ni adalah spesis jin belaan. Dia boleh menyerupai Orang yang membela dia. Sebab tu la.. kadang2 orang yang membela hantu raya ni walau dia tak ada kat sesuatu tempat tu.. Orang boleh nampak kelibat dia kat tempat yang dia tak ada. Hantu raya ni pun kategori saka juga. Kalau tak di buang atau di warisi sebelum Tuan dia mati.. Maka dia akan menganggu kaum keluarga orang tersebut yang masih hidup.

Tu kira secara ringkas tentang hantu raya bagi yang tak tahu. Gelaran hantu tu cuma istilah masyarakat melayu je.. Semua spesis2 makhluk ghaib yang berdampingan dengan manusia ni kebanyakkan memang jin. Jadi hari ni aku nak share dengan hangpa semua satu kisah benar yang berlaku sekitar tahun 2000, dimana seorang perempuan ni berkenalan dengan seorang lelaki yang pada mulanya dia tak tau pun lelaki tu di dampingi hantu raya.Nak di jadikan cerita.. bila hubungan mereka semakin serius so depa pun declare la sebagai pasangan bercinta walau pada mulanya sekadar kawan biasa je. Jarak usia antara perempuan & lelaki tu.. yang perempuan time tu 20 tahun & lelaki 23 tahun. Permulaan hubungan cinta tu sama je la macam pasangan lain yang dalam proses ‘dating’. Sekali sekali keluar.. berjumpa.

Selepas setahun depa ni bercinta.. si perempuan ni mula rasa sesuatu yang pelik. Rasa macam ada tak kena sebab dia sentiasa rasa ada sesuatu yang memerhatikan dia tapi tak nampak siapa. Di tambah lagi bila tidur dia sering mengalami situasi ‘di tindih’. Kalau tak faham di tindih tu macam mana.. Tengah2 tidur kita rasa ada sesuatu yang berat menghimpit atas badan kita sampai kita rasa tak boleh bergerak tapi boleh buka mata. Cuma tak boleh bersuara & gerakkan badan. Time tu kita akan rasa macam antara tidur & jaga. Kita macam mamai.. nak kata mimpi bukan mimpi. Nak kata real sangat pun tak pasti.

Pernah juga katanya pada satu malam tu dia kena tindih & dia nampak satu lembaga hitam seperti seorang nenek tua sedang merangkak atas badan dia. Sejak dari malam tu.. memang kerap berlaku kejadian yang menyeramkan pada diri dia. Sehinggakan masa dia mandi pun dia rasa macam ada lembaga hitam tu berdiri belakang dia tapi bila di toleh tak ada sesiapa. Nak kata mainan perasaan sebab dia takut pun tak pasti. tapi tu antara tanda2 gangguan makhluk halus. memang kita akan rasa seperti ada sesuatu yang memerhatikan kita bila kita bersendirian.

Dia pernah la cerita perkara tu kat boyfriend dia tapi boyfriend just suruh dia doa & solat jer. Dia pun tak ada la syak apa2 atau ada sesiapa yang buat benda2 ni kat dia sebab dia anggap mungkin faktor usia dia.. akan berlaku gangguan macam ni. Almaklum la usia 20 tahun tu kira macam anak dara tengah hot & spicy la. Bukan je manusia.. Jin pun suka. hehehe…

Selepas 2 tahun mereka bercinta.. Dia pun di terima baik oleh keluarga boyfriend dia tu. Pernah satu hari tu mak kepada boyfriend dia ajak dia kerumah & bermalam kat rumah depa. Sebab boyfriend dia outstation masa tu. Kat rumah keluarga boyfriend dia.. dia di beri satu bilik paling depan sebab bilik tu kosong. Nak di jadikan kisah seram lagi.. tengah nyenyak tidur tetiba dia dengar suara lelaki berbisik panggil nama dia. Suara tu memang betul2 tepi telinga dia. Suara tu panggil nama dia berulang kali. Sebab terlampau takut dia tak berani buka mata sampai suara tu hilang baru dia buka mata & tengok sekeliling bilik tetapi tak ada sesapapun. Makin cuak la sebab dalam rumah tu cuma mak & boyfriend dia je tinggal. Bermakna cuma ada seorang lelaki tapi malam tu boyfriend dia tak ada kat rumah.. Jadi Suara siapa yang berbisik tepi telinga dia kalau bukan boyfriend dia? Jeng jeng jeng.. nak – nak lagi Time tu katanya dah pukul 2 pagi.Lebih kurang pukul 4 pagi dia terbangun untuk ke blik air. Kedudukan bilik dia tu betul2 mengadap meja makan di dapur. Bila dia buka pintu.. tetiba dia nampak kelibat yang saling tak tumpah dengan boyfriend dia sedangkan boyfriend dia tak ada kat rumah. Kelibat tu duduk cara membelakangi perempuan tu so muka tak nampak. Berderau darah bila berdepan dengan situasi macam tu di kala orang masih nyenyak tidur & suasana masih gelap. Siapakah yang dia nampak? jeng jeng jeng… Sebab takut terus dia tutup pintu bilik. Sampai ke pagi dia tak boleh tidur.

Esok tu dia call & cerita kat boyfriend dia. Boyfriend dia cuma kata dia mengigau.. Tapi yang lebih menyeramkan lagi. Selang sehari selepas kejadian kat rumah boyfriend dia.. Kawan sebilik dia tanya pada dia kenapa biar boyfriend dia masuk rumah bujang perempuan. terkejut la dia.. selama ni memang boyfriend dia tak pernah masuk rumah depa.. selalunya kalau datang ambil dia pun.. sekadar tunggu dalam kereta. Dengan yakin kawan sebilik dia kata.. memang dia nampak boyfriend perempuan tu dalam rumah. Bukan tu je siap senyum & tegur lagi kawan sebilik dia. Mak Aii.. Siap beramah mesra. Gila kau tak meremang segala bulu yang ada.Untuk kepastian depa dua orang ni keluar nak tengok samada betul atau tak boyfriend minah ni ada kat dalam rumah tapi malangnya masa tu dah tak ada. Tapi kawan sebilik dia betul2 yakin nampak boyfriend dia tengah tengok tv dalam rumah tadi. Dia pun rasa tak berapa sedap hati sebab banyak sangat kejadian pelik berlaku pada diri dia so dia cerita la dengan kawan dia tu. Rupanya bukan dia seorang je kena kacau.. malah kawan dia pun sama sebab selalu nampak kelibat boyfriend dia di belakang rumah cuma tak berani nak bagitau jer risau minah ni kecik hati pulak.

Masing2 jadi pelik.. kenapa kelibat boyfriend minah ni selalu je ternampak time2 yang tak sepatutnya. Kadang2 pukul 5 pagi. Kerja gila datang rumah makwe time macam tu. Kadang2 pukul 11 pagi.. Time tu normally boyfriend dia kat tempat kerja. Dia mula curiga apa yang mereka nampak bukan teman lelaki dia. Mula rasa sesuatu yang mistik sedang berlaku.Atas nasihat kawan dia mereka merujuk kepada seorang bergelar ustaz untuk mendapat kepastian & penjelasan kepada semua perkara pelik yang mereka alami berkaitan dengan teman lelaki dia tu. Macam nak tercabut jantung bila ustaz tu cakap boyfriend dia memang ada di dampingi hantu raya. Hantu Raya kot.. Bukan kucing ke hapa. Dia mula jadi tak tentu arah. Tak tau nak buat apa. Dari cerita ustaz tu hantu raya tu pun suka kat dia sama macam boyfriend dia sayang kat dia. So, dia sentiasa menjaga minah ni bila di rumah ketika tak bersama teman lelaki dia. Kira hantu raya ni boleh jadi macam bodyguard jugak la..Apa yang paling dia kecewa boyfriend dia sebenarnya tahu hantu raya tu ada. So kat situ dia rasa macam kena tipu & teraniaya jugak la.

Ustaz tu cuma nasihat supaya dia cari jalan untuk tinggalkan kekasih dia sebelum perkara tu jadi lebih memudaratkan. Tapi tak boleh tinggal on the spot macam tu takut lain pulak jadinya. Hampir 3 bulan dia cuba cari alasan untuk berpisah. Sepanjang tempoh tu memang perasaan sayang tu dah tak ada cuma yang ada perasaan takut je. Yelah.. dia ada hantu raya kan. Sapa tak cuak, ye dak?? Kebetulan time tu pulak ada seorang perempuan warga asing selalu hubungi kekasih dia.. Maka dia jadikan perkara tu alasan untuk berpisah. Syukur Alhamdulillah dia berjaya menjauhkan diri dari lelaki bersama hantu raya. Tak tergamak pulak nanti terpaksa hidup dengan hantu raya. dah macam ada 2 suami pulak. Satu manusia satu lagi jin. Lepas beberapa tahun.. dia pun kahwin & mempunyai 2 orang anak. Tapi yang pasti dengan lelaki tak bela hantu raya, ok!

 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts