Kata tak nak sentuh pelakon wanita, Fikry Ibrahim mungkir janji?

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Aug 2019 13:03:41



Pasangan pelakon Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah kembali menjadi perhatian menerusi drama Kau Yang Pertama setelah bergandingan dalam drama Cik Reen dan Mr Ngok Ngek sebelum ini.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir penonton meluahkan rasa tidak senang terhadap beberapa babak yang dilakonan Fikry sebagai Farhan dalam drama tersebut.

Beberapa babak drama arahan Hadith Omar itu kelihatan Fikry bersentuhan dengan pelakon, Tasha Shilla yang membawa watak sebagai tunangnya.

alt

Lebih menimbulkan persoalan terutama dalam kalangan peminat apabila dia pernah berjanji tidak akan melakukan babak bersentuhan dalam setiap drama.

alt

alt

alt

alt

alt

“Saya masih pegang prinsip tidak melakukan babak bersentuhan tanpa berlapik dan tak memuat naik gambar wanita tidak bertudung di laman sosial hingga sekarang,” katanya menerusi laporan HM Online pada Mei lalu.

Namun masih ada netizen cuba untuk memahami peranan pelakon berusia 25 tahun itu sebagai anak seni yang kadang kala terpaksa memenuhi permintaan pihak produksi.

alt

alt

Mungkin semua babak itu telah menggunakan ‘camera trick’ tanpa bersentuhan? Sampai kita sendiri pun tak perasan!

: Youtube , HM Online

Komen

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...