Seorang Mekanik Maut Dirempuh Lori Ketika Periksa Tayar Treler Pancit Di Bahu Jalan KM119.5 Lebuhraya Pantai Timur Dekat Temerloh

by Oh! Semput


6
SHARES
82
VIEWS
Posted on 11 May 2026 16:31:58

 

KUANTAN: Seorang mekanik maut dipercayai dilanggar lori ketika sedang memeriksa tayar sebuah treler yang pancit di KM119.5 Lebuhraya Pantai Timur arah barat di Temerloh hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Nasyim Bahron berkata kejadian kira-kira 12 tengah hari itu mengakibatkan lelaki berusia 48 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah treler sedang berhenti di bahu jalan kerana tayar belakang kenderaan itu pancit dan mangsa berada di lokasi berkenaan untuk memeriksa serta menukar tayar. 

“Ketika melakukan pemeriksaan tayar, datang sebuah lori dari arah sama telah bergesel dengan treler terbabit dan melanggar mangsa yang  sedang duduk di atas jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Temerloh untuk bedah siasat manakala pemandu lori dan treler, masing-masing berusia 36 serta 35 tahun tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan itu.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. #Bernama

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts