Bola Sepak Tanah Air Terus Dirundung Malang, Sri Pahang FC Mungkin Tidak Beraksi Saingan Liga Musim Depan

by Oh! Semput


6
SHARES
84
VIEWS
Posted on 09 May 2025 20:01:14

KUALA LUMPUR: Arena bola sepak tanah air terus dirundung malang apabila dikhabarkan pasukan Sri Pahang FC mungkin tidak akan beraksi pada saingan liga musim depan.

Ketika ini, bertiup kencang di media sosial yang menyatakan pemain Sri Pahang sudah menerima surat skuad Tok Gajah akan mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Super.

Walaupun ketika ini tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pengurusan pasukan itu, namun terdapat maklumat yang menyatakan keputusan itu sebagai muktamad.

Sebelum ini, pemilik Sri Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah mengumumkan untuk mengundurkan diri sekali gus memberikan bayangan naib juara Piala Malaysia 2024-25 itu tidak akan beraksi musim depan.

Namun, terdapat perkhabaran seorang individu di Pahang yang dikatakan berminat untuk membeli saham pasukan itu dengan surat permohonan sudah diserahkan kepada pengurusan pasukan.

Selain itu, kira-kira 10 pemain Sri Pahang yang masih terikat dengan kontrak dibenarkan menyertai kelab lain bagi menghadapi saingan Liga Super musim 2025-26, berdasarkan persetujuan bersama antara kedua-dua pihak.

Menurut sumber SPFC, kelab itu terbuka untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana pemain yang berhasrat mencari haluan baharu, selaras dengan usaha memastikan kelangsungan karier mereka dalam liga tempatan. #BeritaHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts