900 Ahli PKR Serah Borang Sertai PBRS (BN)

by Oh! Semput


7
SHARES
91
VIEWS
Posted on 20 Dec 2016 02:00:30

900 Ahli PKR Serah Borang Sertai PBRS (BN)

BEKAS calon PKR, Danny Anthony Andipai (lima dari kanan) menyerahkan borang keahlian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) kepada Presidennya, Tan Sri Joseph Kurup selepas beliau bersama 900 ahli PKR mengumumkan keluar parti di Kampumg Takul, Nabawan semalam.

PENSIANGAN – Sokongan terhadap PKR dan pakatan harapan yang diketuai DAP di negeri ini terus merosot selepas 900 ahli parti itu mengumumkan keluar dan menyerahkan borang keahlian kepada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Kumpulan tersebut diketuai bekas calon PKR dalam pilihan raya umum 2008, Danny Anthony Andipai yang mengakui kesal kerana tindakannya selama ini menyokong PKR.

Danny berkata, selama berjuang bersama PKR, beliau mendapati kebanyakkan pemimpinnya lebih mengutamakan kepentingan peribadi berbanding BN yang ikhlas bekerja untuk rakyat.

“Saya melihat perjuangan PBRS merupakan parti yang terbukti jujur dan ikhlas dalam membantu rakyat serta membawa pembangunan.

“Saya menyesal dan kecewa dengan pihak pembangkang kerana hanya bergaduh untuk kepentingan peribadi dan sekarang telah berpecah membuktikan kegagalan mereka untuk bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Takul Nabawan, semalam.


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts