Serahkan kepada pakar, pendakwah tegur personaliti media sosial gemar jawab persoalan agama

by Oh! Semput


HOME Posted on 30 Jun 2020 23:03:24



Pendakwah Da’i Fuad Mokhtar menegur personaliti media sosial tertentu yang sering menjawab persoalan agama walaupun tidak mempunyai pengetahuan berbuat demikian. — Foto ihsan Instagram/Dai Fuad Mokhtar
Pendakwah Da’i Fuad Mokhtar menegur personaliti media sosial tertentu yang sering menjawab persoalan agama walaupun tidak mempunyai pengetahuan berbuat demikian. — Foto ihsan Instagram/Dai Fuad Mokhtar

KUALA LUMPUR, 30 Jun — Pendakwah Da’i Fuad Mokhtar menyeru personaliti media sosial agar tidak menjawab sebarang persoalan berkaitan agama Islam jika tidak mempunyai pengetahuan lengkap.

Tidak berniat menghalang usaha dakwah, Fuad mengingatkan kepentingan ilmu dalam menjawab persoalan mengenai Islam bagi mengelak berlaku kekeliruan.

Jelasnya, banyak perkara yang boleh dilakukan dalam menyebarkan kebaikan termasuk hal berkaitan aspek motivasi.

“Jadinya personaliti awam yang hendak jawab soalan agama namun bukan ahli, saya kira lebih baik fokus kepada topik motivasi, dan sifat mahmudah. Itu jauh lebih ringan dan sesuai dengan kita.

“Jangan berhenti daripada sebarkan kebaikan, cuma berhenti dari wabak membuat pandangan sesuka hati dalam agama dan cukuplah sebarkan manfaat yang sesuai dengan diri,” katanya di media sosial, hari ini.

JANGAN TERSALAH DALAM MEMILIH TEMPAT RUJUKAN . mashur belum tentu alim, popular belum tentu berpengetahuan luas, ada ramai orang alim yang mastur ( tidak mashur) namun ilmunya melangit hebat . hari ini, baru rajin datang kelas agama 2 tahun dah semangat hentam orang, baru layan video dakwah youtube dah berani ajar orang . kalau ilmu kedoktoran perlu kepada ahlinya untuk mengajar, begitu juga ilmu agama, kerana ilmu inilah penyelamat ROH bukan sahaja nyawa . dalam alquran sebut : فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ "maka tanyakanlah kepada ahluz zikr jika kalian tidak mengetahui," . Ahluz zikr bermaksud ahli pengetahuan, iaitu orang yang mempunyai pengetahuan tentang rasul dan kitab-kitab. Maka orang-orang yang meragukan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., seperti orang-orang Arab, bertanyalah kepada ahli kitab terdahulu tentang para rasul yang diutus kepada mereka, adakah mereka semua manusia atau malaikat? . Dalam ayat ini terdapat pujian bagi ahli ilmu, terutama sekali yang memiliki ilmu terhadap kitab Allah (Al Qur’an), kerana Allah memerintahkan untuk merujuk kepada mereka dalam semua peristiwa. . Di dalam ayat ini juga terdapat tazkiyah (saranan) terhadap ahli ilmu, kerana Allah memerintahkan orang yang tidak tahu untuk bertanya kepada mereka, dan bahawa tugas orang awam adalah bertanya kepada ahli ilmu . Jadinya para public figure yang hendak jawab soalan agama namun bukan ahli, saya kira lebih baik fokus kepada topik motivasi, dan sifat mahmudah itu jauh lebih ringan dan sesuai dengan kita . jangan berhenti daripada sebarkan kebaikan, cuma berhenti dari wabak membuat pandangan sesuka hati dalam agama, dan cukuplah sebarkan manfaat yang sesuai dengan diri . sebarkan kebaikan :) . #ustazsemangat #daifuadmokhtar #dfmc #paneltanyalahustaztv3 #viral #tv3 #intifadanafsu #bangunkanhatimu __________________________________________________________ #islam #dakwah #atukpesan #nakbebel #nakpesan #tarbiahsentap #jentikhati #tarbiahsentap #lawakkeder #tiktokmalaysia #bossku #stayathome #covid19 #lawakhangit #jangankecamsaya #suami #isteri #gengmotor #matrempit

A post shared by Dai Fuad Mokhtar (@daifuadmokhtar) on

Terdahulu, Fuad turut memuat naik firman Allah yang bermaksud: “Maka tanyakanlah kepada ahluz zikr jika kalian tidak mengetahui.”

Katanya, jika bidang perubatan memerlukan “ahlinya” untuk belajar, begitu juga agama kerana ilmu ialah penyelamat roh.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...