Cat ‘Serap’ Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 17 Nov 2026 11:00:09

Kejayaan penyelidikan universiti dalam menghasilkan inovasi berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada industri dan masyarakat semakin terserlah.

Ini terbukti melalui pencapaian ZetaTech Sdn. Bhd., sebuah syarikat pemula Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berasaskan teknologi yang diasaskan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Rozzeta Dolah.

Menerusi produk utama mereka, Mizu 水 Paint™ , syarikat itu kini berjaya membawakan hasil penyelidikan nanoteknologi mereka daripada makmal, ke pasaran komersial.

Mizu 水 Paint™ bukan sekadar cat, tapi ia merupakan cat dengan inovasi yang memfokuskan alam sekitar di mana ia secara aktif mampu menyerap dan memerangkap karbon dioksida daripada atmosfera.

mizu paint
Dr. Rozzeta Dolah.

Dikuasakan oleh nanoteknologi terkini, Mizu 水 Paint™ mengubah permukaan biasa menjadi medium aktif yang mampu menjerap karbon.

Antara inovasi utama yang diperkenalkan pada cat ini ialah ZECOA™, sebuah platform nano aditif penangkapan karbon yang berupaya menyerap karbon dioksida (CO₂).

Malah ia turut berupaya memantulkan haba sekali gus meningkatkan penebatan terma.

Teknologi ini pula boleh digunakan dalam pelbagai sektor seperti pembinaan, automotif, industri pembuatan, cat dan salutan bangunan.

Cat ‘Serap’ Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
ZECOA™ adalah platform nano-aditif generasi terbaharu yang dibangunkan untuk menggabungkan fungsi penjerapan karbon dioksida, pemantulan haba, dan penebat haba.

ZECOA™ telah diperkenalkan kepada umum menerusi ZetaTech Global Innovation Showcase 2026 yang berlangsung sempena Sidang Kemuncak Pelaburan Penyelidikan dan Inovasi Universiti (URIIS) 2026 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam acara tersebut, ZetaTech turut menandatangani memorandum persefahaman bersama NanoViz Group dan Euro-Circuit Technology (ECT) bagi memperluas kerjasama strategik serta pembangunan pasaran di mana mereka menyasarkan kapasiti pengeluaran sehingga 100,000 liter sebulan.

Pada masa yang sama JUGA, syarikat ini turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori Cat Penyerap Karbon Dioksida Pertama 2026.

Cat ‘Serap’ Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global Cat ‘Serap’ Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global Cat ‘Serap’ Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global

Teknologi ini merupakan kesinambungan kepada pembangunan MIZU PAINT™, iaitu salutan nano pelbagai fungsi yang direka untuk menyejukkan permukaan secara pasif, memantulkan haba dan menyerap karbon dioksida.

Produk tersebut telah pun digunakan pada beberapa bahagian lebuh raya di Malaysia termasuklah Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (PROLINTAS) di Lebuhraya Kajang Dispersal Link Expressway (SILK) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), meliputi kawasan seluas 7,330 meter persegi.

Cat ‘Serap’ Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
ZetaTech dan Euro-Circuit Technology kini menjalin hubungan dengan pihak berkepentingan dalam industri pembinaan Bahrain bagi meneroka kerjasama strategik serta peluang untuk berkembang ke dalam pasaran cat dan salutan di Bahrain.

Pencapaian yang dicapai ZetaTech ini disokong oleh pelbagai dana penyelidikan dan pengkomersialan.

Antaranya ialah Geran Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) bernilai RM161,768 yang membantu penyelidikan berkaitan salutan nano berasaskan biomas boleh baharu untuk bangunan hijau.

Cat ‘Serap’ Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global

Selain itu, syarikat ini turut menerima geran seabanyak RM500,000 menerusi Cradle Investment Programme (CIP) SPRINT bagi mempercepatkan proses pensijilan, pengesahan pasaran dan pengembangan komersial.

 

“Penyelidikan tidak seharusnya berakhir dengan penerbitan, keputusan makmal, atau geran penyelidikan. Cabaran sebenar ialah menterjemahkan penemuan saintifik kepada teknologi yang boleh diguna pakai oleh industri, dinilai oleh pasaran, dan memberi manfaat kepada masyarakat. Kami ingin membuktikan bahawa teknologi mendalam (deep technology) yang dibangunkan di Malaysia mampu bersaing serta mencipta nilai di persada global,” Prof. Madya Ts. Dr. Rozzeta Dolah.

Cat ‘Serap’ Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global

Dengan sasaran pengembangan pengeluaran serta penyertaan dalam Climate Finance Accelerator Malaysia 2026, ZetaTech berada pada landasan yang kukuh untuk memperluaskan pengaruhnya ke peringkat global sambil menyokong agenda pembangunan mampan negara.

Pencapaian ZetaTech membuktikan bahawa penyelidikan universiti mampu diterjemahkan kepada produk berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada industri dan masyarakat.

{suggest}

Cat ‘Serap’ Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts