Serina Redzuan ambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya, minta didoakan agar istiqamah

by Oh! Semput


HOME Posted on 18 Jun 2019 16:04:22



Setiap orang sentiasa berniat untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, begitu juga dengan pelakon dan pengacara Serina Redzuan yang telah mengambil keputusan untuk mula mengenakan hijab.

Berita penghijarahan itu dimaklumkan sendiri oleh Serina menerusi laman Instagram, berserta dengan beberapa gambar dirinya mengenakan hijab.

Menurut Serina, baginya keputusan untuk berhijab bukanlah sesuatu yang mudah, kerana ia memerlukan pengorbanan dan tekad yang kuat untuk terus kekal istiqamah.

Bukan sahaja mahu berubah daripada segi penampilan yang lebih sopan, malah Serina juga mahu memperbaiki diri dengan ilmu agama agar dapat menjadi Muslim yang lebih sempurna.

Malah, keputusan anak kepada chef selebriti terkenal, Chef Wan, untuk berhijrah mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan juga para sahabatnya.

alt

alt

alt

Penampilan terbaru Serina mengenakan hijab telah mendapat pelbagai reaksi positif oleh rakan-rakan artis dan juga pengikutnya di Instagram. Ruangan komen dihujani dengan ucapan syukur dan tahniah dengan penghijrahan itu.

alt

alt

alt

alt alt

alt

alt

alt

Sejuk mata memandang, semoga Serina dapat kekal istiqamah dan pada masa yang sama mampu menjadi inspirasi kepada wanita lain untuk menutup aurat dengan sempurna.

: Serina Redzuan

Komen

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News