Sering Bermain Di Atas Pagar, Punggung Budak Lelaki 12 Tahun Tercucuk Besi Sedalam 6 Inci

by Oh! Semput


10
SHARES
127
VIEWS
Posted on 05 Jun 2023 15:01:42

KANAK-kanak lelaki menanggung kesakitan selama 20 minit apabila punggungnya tercucuk pada besi pagar di Taman Seri, di sini, hari ini.

Mangsa berusia 12 tahun dipercayai sering bermain di atas pagar itu sebelum ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.25 petang.

Menurutnya, sepasukan 10 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dikejarkan ke tempat kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, kanak-kanak lelaki itu dipercayai tercucuk besi pagar sedalam kira-kira 0.15 meter (enam inci).

“Kejadian disedari jiran kerana ibu mangsa tiada di rumah,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Wan Md Razali berkata, anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menyelamatkan mangsa.

Beliau berkata, kanak-kanak malang itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk rawatan lanjut.

gambar – Kosmo Digital | laporan – Harian Metro

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts