Gara-gara upah S$100, sesetengah pemandu sanggup tawar diri jadi pesalah trafik di Carousell

by Oh! Semput


HOME Posted on 08 Apr 2021 12:00:08



SINGAPURA: Sekalipun dengan pihak berkuasa menyarankan hukuman lebih berat terhadap para individu yang berpura-pura menjadi pemandu yang melanggar undang-undang trafik, masih ada sebilangan individu yang sanggup mengambil risiko. Mereka sanggup menawarkan diri sebagai pemandu seumpama itu di wadah online semata-mata untuk mendapatkan upah kerana berbuat demikian.

Mediacorp berhasil membongkar sekurang-kurangnya enam catatan di Carousell yang sanggup menawarkan khidmat yang menyalahi undang-undang itu - dengan salah satu catatan bertarikh sejak tiga tahun lalu.

Pada kadar S$100 bagi setiap mata demerit, mereka yang melakukan kesalahan trafik seperti memandu pada kelajuan yang melebihi had yang ditetapkan atau tidak memberhentikan kenderaan apabila lampu trafik bertukar kepada warna merah boleh cuba membeli jalan keluar dengan mendapatkan khidmat haram ini.

BAGAIMANA IA BEROPERASI

Para pelanggan memberitahu Mediacorp bahawa kedua-dua pihak akan bertemu muka untuk membayar denda - yang boleh dibayar secara online atau melalui mesin AXS. Penjual khidmat kemudian akan memasukkan nombor lesen memandu mereka, dan mendakwa memandu kenderaan itu ketika melakukan kesalahan tersebut.

Pesalah trafik yang sebenar kemudian akan membayar denda dan membayar penjual khidmat itu sebanyak S$100 bagi setiap mata demerit.

Ini bermakna jika seseorang itu dikenakan denda S$200 dan enam mata demerit - dia perlu membayar S$800 untuk memiliki rekod trafik yang bersih.

Para dibenarkan mengumpul maksimum 24 mata demerit sepanjang tempoh dua tahun sebelum lesen memandu mereka digantung.

Ramai penjual memberitahu Mediacorp bahawa mereka hanya sanggup menawarkan sebahagian daripada mata demerit mereka untuk dijual, dengan seorang daripada mereka mengatakan bahawa dia hanya akan berbuat demikian selagi dia tidak akan dibicarakan.

Bagi sesetengah penjual yang bersedia untuk menggantung lesen mereka, mereka boleh meraih S$2,400 daripada urus niaga haram itu.

"Ramai orang di Singapura (memiliki) lesen memandu tetapi tidak mempunyai kereta ... saya menawarkan anda S$2,400 setiap dua tahun, anda mahu?" kata seorang penjual, yang mendakwa dia mempunyai "ramai kawan" yang sanggup berbuat demikian untuk orang-orang yang tidak dikenali.

Dia juga mengaku pernah melakukan empat urus niaga sedemikian sejak dua tahun lalu tanpa perbuatannya itu terbongkar.

"Ia hanya antara kami berdua," katanya.

Seorang lagi penjual mendakwa dia menjual enam mata demerit seminggu yang lalu, dengan berkata "tiada sesiapa akan periksa".

Peguam jenayah Amolat Singh berkata lebih banyak pemeriksaan mesti dilaksanakan bagi mengesan mereka yang melakukan kesalahan sedemikian.

"(Salah satu cara) adalah dengan memasang CCTV di stesen-stesen AXS, seperti di mesin ATM bagi mengenal pasti identiti seseorang individu," katanya.

- CNA/NA/na

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News